Friday, September 19, 2014

Anatomy abdomen.

     Semua orang mesti pernah rasa sakit perut kan? Tak kira lah disebabkan oleh food poisoning atau apa-apa sebab lain.
Ingat x bila korang jumpa doktor, apa soklan dia? "Kat bahagian mana yang sakit tu?" Dr akan tanya secara specific site of pain tu, kan? Then, Dr akan examine abdomen korang kan? And masa examine tu dia mintak korang point dengan 1 jari tempat yang sakit tu kan? Haaaa...nape ea? Meh tengok bawah ni.
Ini adalah gambaran abdomen korang di 'mata Dr' - ada 'imaginery lines' vertical & horizontal yang membahagikan kawasan abdomen korang menjadi 9 kotak/ bahagian/ region.
Kenapa Dr nak kene imagine macam tu?

Jom tengok bawah lagi..
Okey...setiap kotak tu ada nama masing-masing. 
Paling atas (dari kiri): RHC, epigastric, LHC.
Tengah (dari kiri): Right lumbar, Umbilical, Left lumbar. 
Paling bawah (dari kiri): RIF (nama lain = Right iliac fossa), Hypogastric (nama lain= suprapubic), LIF
     Dr juga akan imagine organ apa yang terdapat dalam setiap region tu.
Cth: Dr akan suspect patient menghidap appendicitis ('sakit appendix') kalau patient mengadu sakit di bahagian RIF. Tapi,  Dr takkan suspect appendicitis kalau patient sakit di bahagian Left lumbar atau LIF sebab kat situ manade appendix. Hehe..
Okey, boleh faham kan?
Just tunjuk contoh simple2 je..

Selain pembahagian kepada 9 regions kat atas, sometimes Dr mungkin akan divide kepada 4 bahagian je macam gambar bawah ni - dilakukan mengikut keperluan.
Right upper quadrant
Left upper quadrant
Right lower quadrant
Left lower quadrant

Thursday, September 18, 2014

Sakit lengan simptom 'heart attack'?

     Sorang pakcik ni jumpa aku rini sebab sakit lengan - dua2 belah. Dah sebulan. Dia risau sebab dia memang 'known case ischaemic heart disease' a.k.a pesakit jantung - dah buat stenting pun.
Related topic ~ Myocardial infarction.

Pakcik: Doktor, orang kata kalau sakit lengan tu simptom sakit jantung kan?
Aku: Ermmm..bukan macam tu, pakcik. [dalam hati - misconception ni].

* Explaination - Simptom 'heart attack' secara 'classical' adalah:
- sakit dada di sebelah kiri/ tengah (left sided /central chest pain)
- Pain may radiate to left arm or left jaw
(Sakit tu mungkin menjalar ke lengan kiri atau rahang kiri). * Means, sakit tu BUKANNYA berasal dari lengan.
- Ada patient tak sakit dada, tapi mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba (sudden breathlessness).

Further Q kat patient :-
Aku: Pakcik ada angkat cucu ke?
Pakcik: Ada, cucu pakcik 5 orang.
Aku: Paling kecik umo berapa?
Pakcik: Umo nak masuk 2 tahun.
Aku: Ohh, berat tu. Lepas ni pakcik jangan selalu angkat cucu lagi ye :)