Friday, August 1, 2014

Tips kempiskan perut.

Haaa..tengah buatpe tu?
Melantak ye? Jage-jage nanti perut buncit atau boroi dah tak comey. Nanti partner lari. Hehe.

Makan biar bersederhana. Kalau WHR (waist-hip-ratio) dah meningkat, risiko penyakit kardiovaskular pun akan meningkat. Lagipun, susah wife atau husband nak peluk nanti bounce balik. Gurau je..jangan marah tau:)

So, nak buat cemane untuk kempis balik?
- Jogging /briskwalking 30min sehari x 5 hari seminggu?
- Senamrobik?
- Sit-up?
- Strict diet?
Alah..susah..takde mase..hari hujan..
Banyak alasan ye..(yang mengata ni pun sama:)

So, apalagi? Pakai je bengkung/ binder/ corset selama mana yang korang tahan..
Macam orang dalam pantang tu.
Beli yang murah je. Tak perlu sampai RM200 or RM1+++. Infrared segala bagai. Aku beli 1 set (3 pieces) RM99 je.
Ni cam yang aku pakai mase dalam pantang.
Gambar korset aku tak dapat search brand. Dah lupa.
Ikut teori aku, kalau korang rajin berbengkung, perut korang akan sentiasa ditekan. So, perut susah nak 'kembang'. And, korang tak cepat rasa lapar. (Tapi, kene cuba kawal nafsu makan jugak). Maybe lemak terbakar jugak kott sebab banyak sweating. Teori aku je ni. Alhamdulillah menjadi kat aku. Memang slim. Kalau lemak yang dah lama deposited, maka nak kempis pun sangat lama. Apa yang penting, rajin..rajin & rajin pakai. Insyaallah berjaya. Jangat mudah putus asa okey.

Tips penjagaan handbag on-the-go.

Ladies memang tak lepas dari mengepit handbag (betul ke wording aku ni?).

Kalau nak tau mana anak dara atau mak budak pun boleh tengok dari jenis handbag yang dipilih. Hehe.. Anak dara tak suka handbag besar-besar..dorang pilih yang comel2 je, asal boleh letak handphone, purse, tisu, bedak, lipstick.
Mak budak macam aku..confirm handbag yang gedabak sebab banyak ruang so banyak barang boleh isi. Beratnye bukan main..3 kilo kott. Kui3.
Musim2-musim raya ni lagi lah..
Papa akan tumpang sampul duit raya.
Wet wipes anak memang wajib sebab dorang ni makan macam-macam. So memang comot je. Dan bla..bla..bla..lagi.

Tapi, masalah akan timbul mane nak letak beg besar-besar ni time dalam kete? Kalau peronyok je..alahai sayang. Baru beli dah rosak, kan? Lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh. Dengan 3 anak jate yang lasak asik memijak segala barang yang ada..
So, senang je. Cer tengok bawah ni..
Senang beli plastik sebundle letak dalam laci dashboard.
Ambik 1 dan masukkan handbag korang dalam tu.
Maka, kadar kerosakannya akan berkurang.
(Plastic extra boleh guna kalau nak letak:
- baju kotor anak waktu ganti dalam kete.
- pampers kotor.
- Tadah kalau anak nak muntah.
Memang multifunction :)

1 more thing, nampak tak botol susu yang bersusun tu?
Aku letak dalam bakul.
(Beli kat The Store RM3.90, ada banyak saiz lagi)
Sangat berguna!
Takde lah sepah sane-sini susah nak cari kalau dah jatuh bawah seat kete.

Haa..korang nampak 3 hero ni?
Pantang lepa memang ke depan lah semuanya.
Macam iklan Grand Livina.
Hoh..tu memang pijak beg mama lah tu.
Tapi takpe, kadar kerosakan taklah teruk sangat.
Lame nyimpan tu baru dapat satu.
Haha..just kidding.