Sunday, July 20, 2014

IUCD jadi tukun.

~ Autopublish entry ~

Intrauterine device. 
IUCD seperti yang ramai sedia maklum ialah alat perancang kehamilan. Disarankan untuk patient yang tak boleh ambil pil OCP, implan, or injection.
Ikut jenis - ada yang tahan 3 tahun, ada yang 5 tahun baru kene remove.

Ramai juga yang ter'mengandung' semasa baru pakai iucd ni. Kenapa ea?
Correct position of iucd inserttion.
Actually, aku bukan orang yang arif untuk jawap bende ni sebab aku x incharge KKIA. (dulu penah la 'jage' kejap). Bila aku tanye kawan aku yang in-charge & nurses yang otai dorang kate maybe patient tak check tali iucd everytime nak tooott. Kemungkinan iucd tu dah 'lari' sikit time u olzzz ade heavy menses (mase period tengah banyak).

Lagi satu yang so funny, kalau dah lebih time (expired..).. Patut dah remove u olzzz simpan buatpe? Memang dah tak function & risk of endometritis. Satu doctor ni die penah tanye patient depan aku.. " Nape dah bertahun-tahun awak tak datang klinik keluarkan iucd tu? Awak nak buat tukun ke?" Hahaha..spontan aku gelak depan patient tu. Patient tu tak kesah pun.. Die selamba je.

Leptospirosis - penyakit kencing tikus.

Leptospirosis disebabkan oleh sejenis bakteria jenis Leptospira.
Ni cara jangkitan:
Hairan kan jika ada yang lepas minum air tin kena jangkitan Lepto? Tin-tin air tu kan diletak dalam stor, mase tu lah tikus datang dan kencing.

Macamane nak kenalpasti penghidap Lepto ni di peringkat KK?
- Susah juga, sebab symptoms sume sama Demam denggi, Malaria, & any viral fever yang lain.
- Bagi any patient yang demam panas dah masuk hari ke-2 or 3 (aku slalu ambik around 48 hours) kami check darah FBC - untuk differentiate between viral or bacterial disease. Dari experience kami, most are viral fever je. And most viral fever are self-remitting (baik sendiri dengan ubat demam, & lain2 symptomatic treatment.
- Memang ramai sangat yang dijangkiti viral fever. Takkan sume nak admit ward kan? Patient pun kalau boleh taknak masuk ward. Selalunya patients adalah stable, so we treat as outpatient je.

Diagnosis Leptospirosis yang tepat melalui :
- Blood culture.
- Leptospira IgM (ujian antibodi badan terhadap bakteria.)
- Ujian DNA.
Ini hanya dilakukan di hospital (setau aku, inpatient sahaja).

Treatment Leptospirosis adalah antibiotic.
- Kalau denggi, treatment adalah hydration bukan antibiotic since ia disebabkan oleh virus.
Komplikasi Lepto.
Lepto ni serang multiorgan - hati, paru-paru, buah pinggang dll.
That's why ada yang jaundis (kuning) dan ada yang ujian urin (UFEME) nampak teruk sangat.

Ingat nak type sikit je..rupenye banyak info berguna yang nak kene share.