Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

AEON, Seremban 2 - Part1.

     Kat Seremban ni kalau nak kate tempat shopping yang mantop sket ialah kat S2. Tapi, ni just pendapat peribadi aku je. Palm Mall aku xsure sangat sebab aku baru pergi sekali je ritu & that time I found that banyak shop lots yang kosong lagi. Then, Giant dia pun tak berapa besar.
     Ni Rabu malam yang lepas (kelmarin). Mase balik kerja tu aku tak plan pun nak kluar. And, biasanya pun memang jarang sangatlah aku keluar. Tapi, tiba-tiba lepas Maghrib aku terus ajak anak kluar, "Jom kita kluar." "Mama..mama.., mama nak pergi mana ni?" "Mama tak sure lagi. Kita tengok dulu ye." Aku ni jenis tak suka buat anak mengharap, tak suka tabur janji kalau rasa tak mampu nak tunaikan, and aku boleh suddenly tukar plan kalau 'angin' aku tak berapa baik. That's why aku akan elakkan dari btau anak destinasi kitorang. Mane tau tengah2 jalan banyak kete & tukar mood aku.
     Alhamdulillah, everything went smoothly. So sampailah kat sini. Macam biasa, yang berdua ni bukan main seronok. Macam tahanan baru lepas penjara (ehh ..teruk pulak perumpamaan aku. Ada bahasa yang indah sikit tak?)
" Mama, tengok! Cantiknya bola-bola yang warna/I tu."
[ Erkkk..bola ke?]
"Bukan bola lah. Tu tanglung."
     Sambil berjalan tu mata aku melilau sana/i cari barang apa aku nak beli. List dah tulis tapi hilang entah ke mana. At last, beli slipper comel ni kat 2 orang ni. RM19.90 sepasang.
"Abe, meh try slipper mama taktau Abe saiz ape."
Aku tak plan nak belikan untuk Haziq sebab sandal dia ok lagi.
Rupanya, si lantih ni dah capai sepasang sua kat kaki dia.
"Mama..mama, ni Ajik punya slipper."
[Btau mama sambil terkial-kial menyua slipper tu kat kaki dia yang lebar.]
"Ajik nak slipper jugak ke?"
"Nak!" [sambil angguk2 kepala dia].
At last, belilah 2 pasang. Takpe lah..beli slipper senang nak sarung kalau jalan-jalan.

Sunday, August 24, 2014

Palm Mall & Seremban Prima, Seremban.

Sabtu, 23/8/14.
     Harini papa tak keje so dapatlah bawa my angels keluar. Memang dah lama berhajat nak beli baju tidur Ziqri sebab baju suma dah lama. Actually nya, aku bukan kesah baju lama ke baru. Aku cuma kesiankan anak aku sebab baju semua dah sendat (a.k.a fit), sampai terangkat nampak perut. Dah pulak boncet. Hehehe..
     So, kami straight ke Palm Mall, Kemayan Square - tepi KPJ Seremban. Masa tu baru lepas hujan lebat. Tinggal hujan renyai-renyai je. Tapi jalan memang banyaklah lopak-lopak air. Habis basah skirt aku.

Dari kiri : Iri, mama, Haziq.
Awaiting papa cari trolley barang.

Macam-macam aksi.
Jangan tergolek sudaa..
     Pusing punya pusing, tak jumpa pulak baju kanak-kanak. So, masuk Giant je lah buat beli pampers & susu anak. Kebetulan tengah ada diskaun. Susu Dutch Lady 123 1kg - Biasa RM27.++, rini RM21.++ (Susu Dutch Baby 1kg lebih mahal - RM31.90). Tak pusing habis pun sebab kitorang tak berkenan sangat senibina bangunan ni - buatkan ia nampak not spacious). Sedara aku kata, toilet2 dalam Palm Mall ni takde cermin. Malas cerita lelebih ..serraaaammm.
Nak balik dah ni. Tengah tunggu papa amek kete.
Yang berdua ni geram betul dengan fountain kat bahagian entrance.
Puas mama larang jangan dekat sangat..risau kalau jatuh tergelincir dalam kolam.
" Woww air ni boleh tukar warna lah, mama.
Ada lampu warna-warni."
Yang si kecik dalam trolley tu dah tak
senang duduk siap tunjuk2 arah abang2 dia. 
     Dah Maghrib, so balik rumah solat dulu. Lepas tu, singgah open house jap. Mentekedarah..Hehe..
After that, gi Seremban Prima pulak. Seremban Prima ni opposite Komuter Seremban. Alhamdulillah tercapai hajat nak beli baju Ziqri...walaupun bukan harga SALE. Uwaaaaa......

Dari kiri :-
1. Mama soh Abe diri sini sebab kat belakang tu ada anak2 patung comel.
2. Tengoklah gaya dia berdua ni - memang sukar dikawal kalau dah keluar.
Penat mama terjerit-jerit.
3. Membelek2 walker sebab semua comel2.
Nak mama belikan ke?
4. Deretan baju kanak2 yang 'menyamankan' mata yang memandang
(Dun know the suitable word).
Selesai beli sebeg.
 Taraaaaaaaaa....
Atas - sepasang baju daytime.
Bawah - 3 pasang baju tidur.
Kat Seremban ni brand yang best setakat Anakku.
Lainlah KL..banyak brand yang best & bila sale murah gegila.
Takpelah..syukur dengan apa yang ada.
SELAMAT MALAM, SEMUA :) 

Friday, August 15, 2014

Terjebak akhirnya.

~ Autopublish entry ~
Kalau korang baca entri ni - Shawl yang
menawan confirm korang tau dah lama aku pakai shawl. And kalau korang baca - Last week puasa
korang taulah aku pegi teman mak pi mana.
     So, what happened now is... aku pulak teringin nak beli tudung Pearl Haya ni. Huhu. Malam ni pun aku ada Sambutan Jamuan Hari Raya kat klinik so aku pun pi lah beli sepasang baju kurung kat Zulda Masri. Aku suka beli baju kurung ready-made kat sini sebab jahitannya memang sangat kemas & cantik, serta very comfortable. Lepas tu menyinggah kat Butik Pearl Haya as planned.
Hajatnye nak beli tudung around RM90...
Harga tudung - RM1++.
Mak oiii first time ni pakai tudung rege lebih seratus.
Kopak duit aku.
Harga tudung mengalahkan harga sepasang baju.
    Tapi, 1 masalah aku, kalau dari awal aku memang niatkan sesuatu, aku mesti akan dapatkan juga. Bila balik rumah, aku btau mak pasal tudung tu. Mak kata, " Mak lupa nak bagitau ada 1 kedai tudung kat Taman Matahari Heights cantik2 tudung dia & harga jauh lebih murah."
Sobsss...

Tuesday, July 29, 2014

Last week puasa.

Tak sempat nak hapdet yang ni.
Ni minggu last puasa - Isnin 21/7/14.
     Time aku teman Mak gi beli tudung.
Mahal tau tudung awning - aku tengok biasa je pun dah RM75. 
Aku tak berkenan yang tu..mak pun sama.
So, kitorang masuk Pearl Haya pulak.
Ni kat Pearl Haya, Taipan Senawang. Tudung kat sini almaklum
memang sangat-sangat mahal lebihkurang Fareeda.
Paling murah RM85 tapi plain je.
Kalau layer, then 1 layer to corak ~ RM99 ke atas.
Kalau dalam 5 layer ~ RM250 ke atas.
Tapi, memang cantik2 & puas hati.
Belanja mak 1 tudung. And mak sendiri beli 1 tudung.
Membership Pearl Haya RM25 first registry.
'Queen Of Pearl Club'.
RM15 renewal per year.
Kalau beli first tudung dapat 30%.
Then, next tudung in same month dapat 10%. 
     Lepas beli tudung kat Seremban, kitorang 'shoot' ke PD untuk beli juadah buka puasa. Antara tempat yang famous ialah kat Batu 4. Bersebelahan Petronas. Kalau hari Sabtu, memang jem area ni sebab jadi Pasar Malam. Pengunjung yang datang Port Dickson memang suka singgah sini.
Pintu gerbang di Batu 4, Port Dickson.
" ANDA MEMASUKI ZON SIFAR SAMPAH ".
Roti pita yang so yummy.
Dah nak habis puasa baru jumpa. Tu pun kat sini.
Puas cari nearby rumah aku memang tak ade.
(Mula kenal roti pita ni masa belajar kat KL).
     Jumaat 25/7/14; around 2pg, gi bazar Ampangan beli halfmoon shawl. Actually nak beli kerepek-kerepek je tapi biasalah aku..akan menyinggah. Bazar Ampangan ni memang famous kalau kat Seremban. Sini pun slalu jem. Ramai double parking tepi jalan & atas divider jalan.
Hijab aku murah-murah je. Tak sampai RM20 pun.
Slalunye aku pakai shawl yang panjang tu.
Ni tukar selera pulak.
     Ok, jom lah balik. Esok asben nak duty.

Tuesday, July 22, 2014

Shopping di Sogo, KL.

Ramai yang tau kan banyak bende aku belum prepare untuk raya, including pakaian raya Adams (klik SINI). Sebab aku banyak drop comments pasal persiapan raya aku kat blog lain. 
So, semalam sekali lagi aku turun KL dengan komuter (dulu dengan AH).

Sampai KL Sentral je dah kol 7.10pm. Tempat makan yang kosong kat Secret Recipe. So, terjah je. Asal boleh..
Air sirap (paling kanan) & air mineral (paling kiri)
are FOC buat berbuka. Sebab air yang ordered belum sampai.
# Kalau tau ada free, x ode air lain tadi. Teruknyeee..
Noodle semangkuk besar - share lah. Apalagi ?
- Vietnamese beef noodle soup.
- Fish & chips.


Lasagne.
 
Kat kaki lima PERTAMA.
Seperti biasa, tempat parking motor secara berjemaah.
SOGO..aku datang.
Sape yang dah lame nak beli handbag Sembonia
tapi sayang nak keluar duit ratus-ratus cam aku?
Baik korang terjah SOGO sekarang.
Berlambak Sembonia murah.
Senang cari baju jalan budak-budak kat SOGO
ni sebab 1 brand dorang put 1 separated place.
Tapi, bila dah banyak2 tu korang akan
jadi pening lalat jugaklah. Tu belum lagi bawak anak.
Dah habis shopping, konon nak sambung kat Jalan TAR pulak. Tapi, dua-dua dah penat & ngantuk. Jalan Basking jap. Lepas tu, balik kem asben semula & ambik kete untuk shoot balik Seremban. 

Saturday, December 21, 2013

Mydin Mall, Seremban 2

http://www.themalaysiantimes.com.my/pasar-raya-mydin-terbesar-di-seremban-2-dibuka-esok/

Wahai sekalian orang Seremban,
kowrang dah menyinggah kat Mydin Mall S2 ke belom?
Kalau belum...mai mai...jangan tak singgah..
Senang je direction nak datang sini. Kat S2 ni..mane2 jalan korang masuk pun...korang susah nak sesat. Semua boleh tembus. Landmark paling senang aku bagi...Korang tau AEON S2 (Dulu JJ) kan? Haaa...lalu je depan AEON tu...susur kiri...(korang akan nampak tempat tunggu taxi...). Kanan atas - ada fly-over. OK...susur je kiri > terus ke atas..jumpa traffic light>belok kanan>jalan terus>susur/himpit kiri lagi>terus .....ke jalan bawah (memang nampak dah terus bangunan biru tu) >ade simpang kiri-kanan...yang mane korang kompom tau kene amek yg kiri>himpit kanan - dan Q kat traffic light mcm aku kat gmbr bawah ni.

Setakat dibuka sampai rini...dah 3x aku ke sana.

First (15.12.2013),
dengan anak2 & suamiku.
Mase ni baru je 2-3 hari bukak. Nampak tak kete yang bersusun kat bahu jalan tu. Kitorang plk tgh bersusun kat traffic light. Ramai sangat. RELA mmg tahan x bagi parking kat dalam - full maa..


Nampak bangunan biru yan cantik tu? Itulah Mydin Mall S2...
Kitorang just pass-by sebab langsung xde parking. Suami aku siap drive slow2 sbb aku nak snap gambar.
Ni..siap berenti tepi ..kat main road sebab nak take the best pic with wording yang kat atas tu..
Second time, aku gi sorang. Nak cari bubble wrap ..tapi x jumpe. X rezeki..

Third time, rini...ngan family aku. Tanpa asben...(die tengah op kat Sabah...sedih sangat. Korang doakan ye. Korang jangan ingat keadaan kat sane dah STABLE. Itu je aku boleh cakap.. Kalau lelebih, mungkin aku akan didakwa di bawah Akta Hasutan...kot.. Dalam hati ni, ALLAH je yang tau betapa risaunye aku setiap kali asben 'membuat laporan' kat aku..- YA ALLAH, KAU SELAMATKANLAH SUAMIKU DAN PERWIRA2 YANG SEDANG BERTUGAS MENJAGA KEAMANAN BUMI MALAYSIA INI, YA ALLAH. KAU LINDUNGILAH MEREKA DARI SEGALA MACAM BENTUK ANCAMAN & BAHAYA. KAU KABURKANLAH PANDANGAN MUSUH2 DARI MELIHAT MEREKA. KAU KUATKANLAH & TABAHKANLAH HATI MEREKA DALAM MENEMPUH PELBAGAI DUGAAN DI SANA. HANYA ENGKAU YANG MAHA MENOLONG LAGI MAHA MENGETAHUI. Inilah doaku padamu, Sayangku. Kuharap ALLAH mendengar rintihan hatiku ini. AAMIIIIIIN ........

                                      *****     *****     *****     *****     *****     *****
Ni kitorang gi AEON lepas kecundang x dapat masuk Mydin Mall ritu..