Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Si pendosa.

Peringatan untuk diri ini yang sering lupa.
" Dan diletakkan buku (amalan tiap-tiap manusia) maka kau lihat orang-orang yang berdosa gementar ketakutan, kerana (melihat) apa yang ada di dalam bukunya."
(Al-Kahfi:49)

Wednesday, September 10, 2014

Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah.

     Kita semua tau bahawa Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka, ramai yang 'take for granted' kan? Apa kata, kita hayati maksud hadis di bawah.
* Maksud hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Orang mukmin yang kuat lebih baik & dikasihi Allah S.A.W daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada tiap-tiap sesuatu itu mengandungi kebaikan. Hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah kepada engkau & mintalah pertolongan kepada Allah S.W.T serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu bencana janganlah berkata, "Kalaulah aku berkuasa tidaklah jadi begini & begini, tetapi Allah S.W.T telah mentakdirkannya, apa-apa sahaja yang Dia kehendaki dibuatNya." Ini kerana sesungguhnya ungkapan "kalaulah" itu membuka peluang syaitan. 
Siapa mukmin yang kuat?
-> hambaNya yang kuat iman, serta beramal & bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya (secara ringkas).

Apa maksud mukmin yang kuat iman?
Mukmin yang:-
- Sentiasa menjaga imannya drpd cacat & rosak.
- Bersifat mahmudah.
- Tidak suka kepada sifat-sifat mazmumah.
- Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran & As-Sunnah.
- Mengamalkan syariat islam tanpa ragu & jemu.
- Berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan iman & amal.
- Mengimbangi rohani & jasmani.
- Sentiasa bertaqarrub kepada Allah S.W.T dengan zikir. 

Monday, September 8, 2014

Bravo..McD dah 'penuh' semula.

SAPE YANG CEPAT SENTAP TOLONG JANGAN BACA ENTRI NI!!
     Ni baru-baru ni aku lalu kat tepi McD Forest Heights. Nak amek close view tak dapat pulak sebab betul2 kat traffic light.
Nampak tak kereta yang berderet tu?
(tak clear - tapi, aku dah bulatkan.)
     Aku bukan nak sekat korang beli makan sebab tu duit hasil titik peluh korang. Tapi, kalau korang fikir future.. & bukan anak tekak korang je, confirm korang tak buat macam ni. Korang yang nak tambah semula dana perang Zionis ni takde hak nak marah aku sebab setiap sen yang korang sumbangkan tu membahayakan keselamatan mana-mana negara, termasuk Malaysia. Tak faham jugak? Okey, setiap sen korang tu akan menyebabkan bertambahnya kereta perisai Zionis, pesawat juang Zionis, senjata nuklear Zionis and so on... Tak payah nak marahlah, korang sendiri tau aku cakap benda yang betul.

NOTE:
* Sesape yang kutuk pekerja McD Israel or keji ke hape (which is sangat tak bertamadun!)..buat then dia yang lahap balik McD tu, ko mengucap panjang & imagine macamana perasaan kalau anak ko sendiri yang pecah tengkorak & isi otak berderai bila kena bom puak ni.
* Just..don't be selfish!!

Refer entri ni Istiqamah dalam boikot barangan Israel.

Human values.


Sebenarnya, selain dari pangkat, harta, kepandaian..ada banyak lagi values yang lebih penting & dititikberatkan.

Ape values tu?
Respect.. 
Patience..
Tolerance.. 
Giving.. 
Forgiving..
Human dignity.. 
Uplifting others..
Caring.. 

Kat mana2 pun kita berada -
 home, workplace, etc..
OR 
Dalam apa situasi pun..kalau kita ada values ni..akan buat hidup kita dan orang2 di sekeliling lebih bermakna.
* Aku sedang mencuba yang terbaik. Dan aku harap readers semua pun sama, okey :)

Sunday, September 7, 2014

Jadi isteri sebenarnya tidak penat jika...

     Ni adalah reality kehidupan suami - isteri masa sekarang. Dulu pun kott. Tapi, dulu isteri mostly duduk rumah & jadi 'saya yang menurut perintah' suami. Tak berani lawan. Takut kena cerai dsb. Tapi, zaman sekarang dah jauh berbeza. Rata-rata memang isteri sama-sama bekerja mencari nafkah.
     One day saya discuss perkara ni dengan colleague kat klinik. Dengan baik hatinya dia TAG saya untuk rencana ni kat FB. Katenye, IKUT SUNNAH SEBENARNYA KERJA RUMAH ADALAH TUGAS SUAMI. Korang terkejut tak? Ke aku sorang je yang tak tau? Okey, jom baca. Aku harap KAUM ADAM baca jugak benda ni & ambil peranan masing-masing. Jangan pikir nak ikut sunnah Nabi bab POLIGAMI je. Hanya ikut halfway tak guna. Kalau nak amal...kene amal semua okey.





Monday, September 1, 2014

Istiqamah dalam boikot barangan Israel.


https://m.facebook.com/aqsa.syarif
Klik image to redirect you to FB Aqsa Syarif.
     Alhamdulillah Palestin dah merdeka dari bedilan bom perang Zionis. Namun, beware ye kalau dah puak zalim tu sampai bila-bila pun kita tak boleh pakai janji depa. Kita kena sentiasa berjaga-jaga. Please ISTIQAMAH (CONSISTENT) memboikot produk Israel yang pastinya menyumbang kepada Zionis ni. Please jangan nak tambah semula dana perang depa sebab kita taktau lepas ni depa nak serang sapa pulak. Nauzubillahhiminzaalik...

Wednesday, August 27, 2014

Janji Allah itu tak pernah kuragui.

     Alhamdulillah. Kupanjatkan syukur padaMu Ya Allah kerana masih diberi peluang hidup di atad Bumi ciptaanMu.
     Entri kali ni ada kaitan dengan entri yang aku published semalam ~ Bersabarlah wahai hati.

     Sesungguhnya setiap kesabaran telah Allah janjikan akan ada ganjaran dariNya. Tak semestinye di dunia. Tapi, di akhirat sudah pasti.
     Bawah ni aku repeat quote semalam. Kenapa? Sebab aku nak tunjukkan tanda-tanda KebesaranNya. Walau sabar & redha aku baru takat 'bertatih', tapi ganjaran Allah tetap ada? Ape maksud aku ni?
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati..
Maka Allah akan menggantikan
Kekecewaan itu dengan kegembiraan
yang kadang-kadang di luar jangkaan kita :)
25/8/2014 - Gaji kakitangan kerajaan masuk.
26/8/2014 - Baru aku dapat check account. Eh, duit aku lebih RM450 dari biasa. Ohhh...rupanya dah 'due' kenaikan gaji tahunan. For some people, this may be small. Tapi, bagi aku..tak. Syukur padaMu Ya Allah. 

Tuesday, August 26, 2014

Bersabarlah wahai hati.

     Hai korang. Macamana dengan kerja hari ni? Ok ke tak okey?
Macam aku, ada hari okey & ada yang sangat tak okey. Aku tak ingat samada aku pernah cerita yang dulu aku seorang yang cepat melenting kalau ada patient suka ajar aku management yang sepatutnya aku buat sebab tu dah memang tugas aku. Tapi, makin lama ...dengan meningkatnya usia, aku rasa dah boleh fikir yang argument tu takkan bagi penyelesaian especially untuk patient jenis yang arrogant & stubborn. Buat habis air liur & korang akan sakit kepala serta cepat penat. Apa taknye, habis tenaga bertegang urat.
     Alhamdulillah, Allah bagi aku akal untuk berfikir secara waras. Dalam seharian aku bekerja selama 7 tahun ni memang banyak benda baru dalam hidup yang aku belajar. Tentang kesakitan, kesedihan, how does it feel when patient felt thankful for your kindness. Dan tak kurang juga Allah bagi aku jumpa pesakit yang pelbagai ragam yang sering menguji tahap kesabaran aku.
      Selalunya, kalau aku cukup tidur..aku akan 'function' well at clinic. Aku ni jenis kalau stress kat rumah, jarang sangat2 terbawa-bawa ke klinik. Being too busy akan buatkan aku lupa segala masalah personal aku. And I loved it this way! Macam semalam, hanya aku & 2 MO bertugas di JPL yang mana pesakit kami pada waktu pagi je dah cecah 201 orang. Tapi, aku chill je & Alhamdulillah semua pesakit yang aku jumpa jenis chillex je & kes yang aku dapat bukanlah yang luar dari biasa.
Agree kan?
Selalu complaint akan menjadikan kita seorang yang negative.
Padahal, salah 1 ciri orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif.
Jom kita stop complaint & pray to Allah for showing
us solution to the problems that we are facing now.
Kebergantungan pada Allah - itu kunci penyelesaian segala masalah.
     Macam hari ni, aku tetap chill ke tempat kerja. Tapi, Allah nak uji aku dengan pesakit2 yang bersikap kasar & ada yang biadap tanpa aku tahu puncanya. Padahal aku dah bercakap sehabis lembut & senyum lagi tu. Tapi, Alhamdulillah aku sabar. Thanx Allah kerana memelihara aku dari tipu daya syaitan yang direjam.
Walaupun aku beberapa kali terfikir di manakah silapku.
Tapi aku sedar, itu semua adalah kerja syaitan yang sesat lagi menyesatkan.
Tak perlu nak marah, sakit hati or anything yang seumpama dengannya sebab
setiap apa yang kita buat sudahpun dicatit oleh Malaikat di kiri&kanan kita.
Setiap orang tidak akan terlepas dari catatan amal baik & buruk.
      Aku hanya memohon moga Allah tingkatkan lagi Imanku & perbaiki akhlakku (yang teruk ni..)
Semoga kita semua tergolong sebagai Ahli Jannah. Amin :)
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati...
maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan
yang kadang-kadang di luar jangkaan kita :)
Ingat lagi tak entri ni?
 Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.

Itu adalah Allah.

Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّÙ‡ yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).

Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itulah adalah اللّÙ‡ yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).

Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّÙ‡ yang sedang menghiburmu.
Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3:190-191).

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan  tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah اللّÙ‡ yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).

Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّÙ‡ mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّÙ‡ ingin mendengar rintihan serta doamu agar kau menyedari akan keberadaan-NYA….
Kerana tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).

Jika kau peka, akan sering kau sedari bahawa KASIH dan KUASA اللّÙ‡ selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
 Tidak!!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir..
AKU di sini bersamamu.”
 (QS 2:214, 2:186).

Ilmu yg harus dikongsi bersama...

Friday, August 15, 2014

Sedekah.

~ Autopublish entry ~
     Sedang aku & Dr. Liyana busy treating other patients....
masuklah sorang makcik ni dengan 2 paper bags kat tangan. Rupanya dia nak bagi biskut raya kat kitorang. Alolo kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan:)
* Aku ni jenis tak tolak rezeki.
Ni Dr. Liyana.
Kitorang berdua ni happy sangat sebab dapat biskut
raya sorang sebalang dari patient.
Makcik tu kata kitorang pernah treat dia.
Tapi, aku rasa tak pernah kot.
Malu pulak aku bila nak terima pemberian ikhlas makcik tu.
Semoga Allah tambahkan lagi rezeki makcik.
Actually aku nak highlight tentang sedekah.
Manfaat sedekah.
Harta yang sedikit pun boleh disedekahkan.
Tak perlu nak tunggu kaya.
Maksud kaya tu pun subjektif & tak sama antara individu.
Ada orang berkira-kira untuk bersedekah kerana
risau dia pula yang akan jatuh miskin.
Harta ni semua kan dari Allah.
Kalau Allah nak tambahkan berlipat kali ganda harta kita
memang bukan perkara mustahil.
Asalkan kita ikhlas memberi, pasti kita akan dapat ganjaran setimpal..
kalau bukan di dunia..pasti dibalas di akhirat.

Jom bersedekah, Insyaallah hidup kita lebih diberkati.

Monday, July 14, 2014

Hidayah Allah.

~ Autopublish entry ~
Hidayah
- adalah milik Allah.
- adalah petunjuk Allah S.W.T kepada sesiapa sahaja
yang dikehendaki-Nya sama ada orang baik ataupun yang sebaliknya.
(Cth yang berlaku kepada Saidina Umar r.a,
tetapi tidak kepada Abu Jahal.)
Kita ni ..jangan fikir kita bagus sesangat dah bilamana kita
solat setiap 5 waktu + solat sunat lagi + puasa sunat + tudung labuh & segala bagai ..
Bila kita tengok orang dedah sana-sini kita berpaling & menjauhkan diri ..
Kenapa pulak?
Kan lebih baik tegur ..& doakan moga suatu hari Allah bagi hidayah kat orang tu.
Pengalaman aku sendiri merawat 2 orang stewardess MAS ni..
.. memang cantik giless tahap model.
Tapi, Astaghfirullah datang jumpa aku pun pakai shorts tahap boxer.
Terus-teranglah aku cakap, mase aku nak check kaki die pun..
aku ada terpikir .."Cantiknya kaki die. Kalaulah aku macam die." Haha, bengong jugak aku ni.
Kalau laki tengok ..Erkkk..
Walaupun die macam tu ..tapi die ni so sweet ...lemah-lembut..
berbudi bahasa ..tak sombong...
What else?
Aku hanya mampu berdoa dalam hati moga Allah bagi hidayah kat die.
And Allah tingkatkan keimanan dalam diri aku.
Ingatlah ..Kalau Allah nak tarik balik Hidayah tu dari kita kejap je.
Haa..tak takut ke?
***************
Allah bagi hidayah kat manusia ni dalam pelbagai bentuk, cth nya:
1.Hidayah Gharizah
-naluri semulajadi manusia sejak ia dilahirkan (spt keinginan makan & minum)
2.Hidayah Hawwas
-kuasa deria yang dapat mengenal & membezakan sesuatu (seperti vision & hearing)
3.Hidayah Aqal
-membolehkan manusia berfikir menentukan sikap serta tindakan mengikut hala tujuan yang dipilih.
4.Hidayah Ad-din
-hidayah yang berbentuk pengetahuan & kesedaran agama.
5.Hidayah At-taufiq
-peringkat paling tinggi dalam martabat hidayah.
-siapa yang dapat ni akan mendapat keredhaan & kejayaan di dunia & akhirat.
-Al-Quran adalah hidayah Allah yang teragung kerana ia mempunyai panduan untuk manusia mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat.
" Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. "


Friday, July 4, 2014

Pasang-surut Iman.

Layakkan kita digelar seorang mukmin /mukminah ?
Ermmmm....

;)
MAKSUD :-
Iman bermaksud percaya kepada :
- Allah S.W.T
- Malaikat
- Nabi & Rasul
- Kitab
- Hari Kiamat (hari kebangkitan)
- Qadak & Qadar
disamping melakukan segala suruhan & meninggalkan larangan-Nya.

CIRI-CIRI Orang Beriman :
1. Sentiasa mempelajari & membaca Al-Quran serta memahami isi kandungannya.
2. Gemar mendengar perkara2 berkaitan agama & berusaha dengan cara apapun untuk mendapatkan
    perkara nasihat & bimbingan yang mendatangkan faedah seperti melalui ceramah agama, majlis2
    ilmu, dll.
3. Sentiasa bersedia untuk menunaikan solat apabila masuk waktunya.
4. Tidak kedekut dengan harta yang mereka miliki (membelanjakan harta pada jalan Allah). 
5. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam apa-apa keadaan.
6. Sentiasa bertawakkal kepada-Nya dalam setiap kerja yang dilakukan.

**********************
Iman ni macam pasang-surut ombak ..
tak kekal lama.
akan bertambah atau berkurang.
Iman akan bertambah kalau kita berusaha & beramal untuk meningkatkannya
& menghayati ajaran islam dengan bersungguh-sungguh.

Wednesday, June 25, 2014

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

Salam Ramadhan semua,
Ni dapat dari wassap group BAKAT 6RRD.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

2. Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu brekpes.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah.💭Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.
Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan as the best Ramadan ever!

Tuesday, June 24, 2014

Surah Al-Kahfi penyelamat dari fitnah Dajjal.

Balik dari kerja semalam, adik lelaki aku, Safwan tunjukkan video ceramah seorang Ustaz.

Pesan Ustaz tu:
" Amalkankanlah  membaca ayat 1-10 dan 100-110 Surah Al-Kahfi setiap hari. Insyaallah terselamat dari fitnah Dajjal."

Kata Ustaz tu lagi..
" Pada akhir zaman, akan ada 1 surah yang hilang dari Al-Quran, iaitu Surah Al-Kahfi".
Datang seorang pakcik, lalu berkata.. "Dengan pakcik ada 1 naskah Al-Quran yang pakcik simpan baik2 selama 30 tahun." Apabila dibuka, didapati 2 mukasurat dari Surah Al-Kahfi telah hilang.

Saturday, June 14, 2014

Kenangan zaman sekolah..

Dah malam-malam ni teringat masa zaman sekolah pulak....
Nak tau apa yang aku ingat?
Banyak amalan yang belajar masa sekolah dulu.
La ni. dah x amalkan.
Alangkah aku tergolong sebagai Orang yang rugi kan?
* Al i'lmu bila a'malin ka syajarah bila samarin - Ilmu tanpa amal, ibarat, pohon tanpa buah *

Masa kat SMAP Kajang:
1. Setiap kali solat mesti berjemaah.
Kalau x dari awal, masbuq lah..
2. Setiap Subuh & Maghrib baca Al-Mathurat.
3. Setiap hari perhimpunan - Asma-Ul-Husna penuh semangat.
4. Setiap kali cikgu masuk kelas nak mengajar - kena baca Doa Penerang Hati.
(kene baca walaupun yang mengajar tu cikgu Non-Muslim)
* Teringat Cikgu Bala. Dia suka ajar Haiku.
   Die baik sangat. Tak pernah marah.
5. Setiap khamis malam Jumaat - Yassin.
6. Setiap malam sebelum tido - Al-Mulk.
Sebelum Isya' - ada selitan tazkirah.
7. Setiap hari Jumaat (if not mistaken) - Ustazah bagi ceramah agama kat musolla hostel.
8. Puasa sunat Isnin&Khamis jarang tinggal (Memang ramai yang berpuasa).
9. Puasa Rejab beramai-ramai - syok buka puasa kat Dewan Makan.
10. Mase buka puasa bulan Ramadhan - ada sorang yang akan jadi wakil bacaan doa (bergema 1 dewan makan masa mengaminkan doa).
11. Setiap Ahad ada Kuliah Subuh kat Surau besar.
12. Sabtu, Ahad - ramai buat Solat Dhuha.
(Sebelum prefect buat dorm inspection).
13. Malam2 dianjurkan Qiyamullail.
14. Kene attend Usroh. (Senior jadi Naqibah Usroh).
15. Masa seat for SPM, kitorang akan buat halaqah besar (dalam gym, tepi Dewan Exam) and bace Yassin setiap kali sebelum start paper. Kalau 2 papers per day, so 2x bace Yassin.
16. Mase nak SPM, ramai buat Solat Isthikharah- alhamdulillah Allah tolong, kluar soalan sebijik2 yang aku baca malam tu.
#Mase tu hati selalu tenang sebab ada keberkatan hidup#
Sekarang apa sudah jadi padaku??
Sendiri pikirlah kan?

[UPDATE]
17. Ada hafazan & tasmi' Al-Quran.
18. Giliran menjadi imam di Surau ASPURI (asrama puteri.)

Friday, June 13, 2014

Bahasa syurga.

Zikrullah.. 

" La haula wa la quwwata iilaa billaah "

Maksud - Tiada daya & kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Saya ni x pandai mana dalam bahasa Arab ni. Tapi, berkat sekolah kat SMAP Kajang dulu (Fivers Y2K) alhamdulillah kalau ayat Quran tu sikit2 bolehlah faham tanpa rujuk tafsir.
Bagi sesape yang suka nak belajar banyak bahasa tu better blaja Arabic... Sebab bahasa Arab tu kan bahasa Quran. Untung kalau blaja.
MAKSUD:
La' - Tidak/ Tak
Naa'm - Ya
Wa - Dan
Illa - selain/ melainkan
Bi -Dengan


Thursday, June 5, 2014

Syukur...syukur..syukur Ya Allah.

Kalau kita muhasabah balik, sebenarnya banyak nikmat yang kita peroleh setiap hari. Tapi, kerana terlalu asyik dengan kesibukan dunia..kita jadi alpa..lalai.. Kita lupa Allah sebagai pemberi nikmat & rezeki kepada kita.
Kadang2 kita x sibuk pun..tapi kita suka buang masa dengan perkara lagha (sia-sia) macam lepak kat kedai makan..lepak kat shopping complex dsb.

So, mari kita renungkan hadis di bawah..

Hadis Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: Rebutlah 5 peluang sebelum datang 5 perkara:
Masa muda sebelum tua,
Masa sihat sebelum sakit,
Masa lapang sebelum masa sibuk,
Masa kaya sebelum susah,
Dan masa hidup sebelum tiba mati.
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi).

Peringatan ini buat aku juga..