Showing posts with label doktor. Show all posts
Showing posts with label doktor. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Merokok - 'slow down' wound healing.

     Korang tentu tau dalam rokok ada 4000 bahan beracun yang boleh sebabkan pelbagai jenis penyakit,  especially cancer kan? Tapi, korang tau tak bende haram ni boleh lambatkan penyembuhan luka. Dah lama aku nak baca ni in details tapi biasalah kan..bz konon2nya. So, disebabkan kaki asben aku ada wound & dia ni smoker, better aku baca so that boleh aku bebel kat dia. Heheh..I mean, explain :)

Sumber bacaan aku macam kat bawah. 
Klik SINI untuk full text.
Simplified version aku pulak :-
1. Nicotine.
- Akan menyebabkan 'vasoconstriction' iaitu keadaan di mana salur darah akan menyempit. Jadi, aliran darah yang membawa nutrients ke tempat luka akan berkurang. Tisu berisiko tinggi untuk mati sebab tak cukup bekalan nutrien.
2. Akan meningkatkan risiko 'blood clot' yang akan block aliran darah ke kawasan luka.

2. Carbon monoxide. 
  - Gas carbon monoxide ni akan berebut tapak hemoglobin dengan gas oxygen. Lebih banyak carbon monoxide, akan menyebabkan kurangnya pengangkutan oxygen ke kawasan luka.

3. Hydrogen cyanide. 
- Juga mengganggu pengangkutan oksigen.

Take home message :-
So, sesape yang nak gi operation tu, or lukanya masih dalam proses penyembuhan, better take initiative to avoid cigarette & then terus quit smoking. Membazir duit je! Baik pi sedekah kat anak yatim ke,dll barulah menjana saham akhirat.

Thursday, October 16, 2014

Ulser perut...ulser duodenum.

     Dalam entri2 yang lepas, acapkali aku sebut tentang PUD kan? PUD = short form untuk peptic ulcer disease; yang mana ia merangkumi gastric ulcer dan/atau duodenal ulcer. Asben aku pun aku suspect PUD jugak. Ermmm..
Related topics:
1. Malaena.
2. Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2014.
3. Pedih ulu hati.

PUD ni sama ke dengan gastritis?
- Tak sama.
- Flash back kat topic ni ~ Sakit gastrik. kalau tak ingat apa tu gastritis:). Kat situ ada gambar scope untuk gastritis.
- Apepun,  penyebab PUD & gastritis adalah sama.
- Kat bawah ni pulak gambar scope untuk peptic ulcer.

Sakit "gastrik".

     Ramai patient yang cakap dorang sakit  gastrik bilamana dorang pedih kat bahagian uluhati (epigastrium). Refer topic ni kalau tak sure epigastrium tu bahagian mana abdomen ~ Anatomy abdomen. Istilah yang sebenar ialah gastritis, bukannya gastrik. Hehe:) Gastric tu berasal dari perkataan gaster yang bermaksud stomach/perut.

Apa definisi gastritis? 
- Inflamasi yang terjadi pada lapisan perut.
- Selalunya doc akan bgtau patient yang dinding perut dia ada kesan merah2.

Macamana nak confirm korang ada gastritis? 
- Cara nak confirm ialah dengan buat scope je (OGDS). Refer pic OGDS kat sini ~ Unexplained weight loss - Part2.
- So, kalau belum buat scope tu, just suspect je (depending on patient's description). Selalunya pakar bising tau kalau HO diagnosed patient gastritis without being investigated with scope.
Credit to Google.
Gambar -> kedudukan stomach (gaster)
Gastritis - gambar dinding perut semasa OGDS dilakukan.
Selalunya apa penyebab gastritis ni?
Common causes are :
- Alcohol.
- Smoking.
- Coffee.
- NSAIDs :-
(Brufen-painkiller , Aspirin-ubat cair darah)
- Jangkitan bakteria H.Pylori.

Wednesday, October 15, 2014

Gouty arthritis.

     Semalam, seorang pesakit lelaki umo awal 30-an masuk bilik aku dengan pakai 'crutches'. Aku ingatkan ada fracture ke sprain ke. Rupenye..

Pt: Doctor,  saya kene gout lah. Kaki saya bengkak ni. Saya dah pergi klinik luar, dia bagi painkiller & ubat surut bengkak & mintak saya datang sini.
Aku: Biar saya check ye. Ada salah makan ke?
Credit to Google.
Macam ni lah rupa bengkak kat kaki patient tu.
Pt: Saya makan daging korban banyak sangat.
Aku: Ermmm..Memang suspect gout ni. Banyak lah nak kene pantang makan kalau confirm gout ni :)

Prosedur:
Check darah - Serum Uric Acid.
Cer teke berapa result patient ni?
Kalau gout yang teruk, sampai jadi tophi tau
(refer gambar yang dalam circle)
- Nampak tak yang putih-putih tu?
 Nak tau apa kat dalam?
Jawapannye -> Deposition of Uric acid crystals.
Tajam-tajam ni..
* Ermmm...
SUA dia 626.

Take home message :
Sekarang ni banyak sangat penyakit yang dulu-dulu nya dihidapi orang tua tapi sekarang umo muda-muda dah kena. Pada pendapat aku, most probably adalah disebabkan faktor pemakanan kita yang tidak sihat. Kita kat Malaysia ni sangat mewah dengan varieties of food.

Tuesday, October 14, 2014

BP check up.

     Entri ni adalah lanjutan daripada tajuk ni tau ~ Check BP kat tangan kanan ke kiri? Kalau korang tak baca entri ni, confirm korang confuse.
Doktor ni check BP kat tangan kanan patient. Kenapa? 
Kalau dah baca entri sebelum ni mesti korang tau jawapannye :)
Patient ni right-handed.
Dia check BP kat tangan kiri.
Kenapa?
Gambar last ni aku belum explain. 
Ok, yang warna merah tu salur darah kat lengan kita. 
Doktor kena letak stetoskop kat sini sebab nak detect sound yang menentukan bacaan tekanan darah atas & bawah. 

* credit images to Mr. Google. 

Check BP kat tangan kanan ke kiri?

     Ada patient yang pelik kenapa ada doktor check BP (blood pressure) kat lengan kanan & ada yang check belah kiri. Bukan sorang tapi dah beberapa orang dok confuse. Cer korang imagine..kalau patient dok belah kanan doktor, tangan kanan ke tangan kiri yang paling dekat? Mestilah tangan kanan, kan? Kalau nak check BP ni mestilah dalam keadaan selesa. So, doktor akan minta patient bersandar dengan selesa kat kerusi & relax kan tangan yang paling dekat tu atas meja. Takkan nak mintak check tangan kiri.. Tak ke macam bersilang pulak jadinya. Looks awkward, kan? Lainlah kalau patient tu duduk sebelah kiri doktor.
     Walaubagaimanapun, masih ada patient yang tak puas hati dengan explaination kat atas. "Doktor, masa saya check kat farmasi, dia kata check BP mesti kat tangan kiri sebab tangan kiri dekat dengan jantung. Tangan kanan tak boleh." "Haaa..Professor saya tak pernah pulak ajar macam tu. Dalam buku pun tak pernah jumpa teori macam tu." [Dalam hati -> Aku rasa nak ketuk je kepala orang farmasi ke pharmacist yang ajar macam tu kat patient.].
     Aku pun tanya pendapat kawan aku. Tapi, aku taknak bagitau pendapat aku sebab takmo bias. Jawapan dia, "Sepatutnya kena check both sides".
Related topic ~ Sfigmomanometer.

So, mana satu yang betul? 
Refer article bawah ni ye:)
- Better check both side kalau baru first time check BP.
-> Sebab senang nak buat comparison.
-> Selalunya tak jauh beza pun reading kanan & kiri.
- Kalau check sendiri (sensorang) kat rumah,
easier check sebelah tangan yang x dominant.
     In case korang dapati BP korang tu persistently high, don't hesitate untuk jumpa doktor tau. Actually, banyak faktor yang mempengaruhi bacaan BP tu. Antaranya :
1. Saiz cuff - Tak boleh terlalu kecik atau terlalu besar.
Kalau longgar/ ketat sangat - akan sebabkan bacaan tak tepat.
2. Ambil dalam keadaan rehat.
3. Duduk secara selesa & mesti tegak.
4. Ambil beberapa readings.
5. Selalulah biasakan ambil pada masa yang sama setiap hari. 

Busy Monday.

     Dengar tajuk konon2 macam aku busy kat klinik kan? Well, tak lah. Actually aku balik rumah sat sebab nak setelkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Banyak pulak tu. Konon nak siap cepat, tapi at last lama jugak masa yang diambil.

     Apa yang aku buat busy sangat tu?
1. First of all,  aku update myCPD online aku yang tak pernah update since awal tahun. Tahun2 lepas memang aku sentiasa update myCPD aku tapi tahun ni hancus. Aku ni kalau sekali dah ada 'gangguan' yang buat aku tak boleh focus pada certain things tu memang payah lah nak 'tune balik'. Aktiviti harian macam kerja memang buat cam biasa. Tapi, yang nak update2 ni yang interrupted. Jenuhlah aku godek2 rak buku cari semua sijil kursus & bengkel untuk fill-up.

2. Lepas tu dah lama tak semak transaction history kat m2u aku. Setiap bulan memang banyak gile komitmen aku. Especially credit card - semua keperluan rumah, keperluan anak-anak & minyak kete memang aku pakai credit card. Syiok sbb boleh redeem. Kadang2 lupa nak bayar sampai bank kol. Aku ni jenis tak suka buat standing instruction.

3. Update documentation untuk kes LINUS aku...kes budak-budak 'slow learner'. Kalau ikutkan, benda boleh setel cepat. Tapi, biasalah depa ni sokmo taknak ikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia itself, tu yang banyak benda 'tergantung' tengah jalan. Susah aku nak buat diagnosis tau. Dah pulak LINUS ni libatkan borang OKU skali. Berat ni..

4. Update semua cuti, EL & MC aku. EL kene isi borang pink (dulu merah). Dah pulak tak ingat mana aku catit cuti segala bagai. Macam aku cakap kt point no.1 kat atas, nilah yang jadi kalau aku hilang fokus. Kalau ikutkan, aku ni jarang cuti, except raya. Selalunya EL sebab jaga anak sakit. MC pulak..aku amek kat private. Meaning, MC aku setahun x banyak mana pun (Kalau MC Govt max 90 hari, kan?)

Kenapa doktor amek MC luar?
     Well, kalau korang nak tau, doktor Govt lah umat paling susah nak dapat MC, tapi, paling banyak keluarkan MC!!! Selalu jugak geram ngan patient - migrain nak MC, selsema nak MC, batuk keceh-keceh sikit nak MC, morning sickness nak MC, sakit badan sebab travel kerja nak MC.... and macam-macam lagi. Buat pengetahuan patients yang sikit2 nak MC, kami pun lalui perkara yang sama macam anda. In fact, aku dah pernah rasa semua penyakit yang aku sebut kat atas..tapi aku & doctors yang lain TAKKAN DAPAT MC UNTUK PENYAKIT2 TU, okey. Time slip pun x dapat!  Ni patient, aku bagi ubat lepas tu baik hati bagi time slip 4 jam pun dorang tetap x puas hati. Bersyukurlah...
Ada yang datang gelak2 tapi mengadu sakit itu-ini. Pernah je aku tanya, ni sakit betul2 ke buat2 sebab nak MC ni? Haaa..direct gitu.

Monday, October 13, 2014

Malaena.

     Pernah dengar tak pasal najis warna hitam? Tau tak bukan semua najis warna hitam tu disebabkan penyakit? Means, bukan semua yang bahaya. Macamana nak tau/ confirmkan? Haaa..kenelah baca entri ni ok:)

Jenis yang bahaya dipanggil 'malaena'.

Apa itu malaena?
- By definition is black, "tarry" stool.
- Maksudnya, najis tu hitam lembik macam tar jalan. Najis ni nampak berkilat tau.
- Ia bertukar warna hitam sebab hemoglobin dalam sel darah mengalami 'digestion'/'enzymatic breakdown' oleh bakteria usus.
- Related topic ~ Anaemia.
- So, kalau najis hitam tapi keras, or najis tu lembik tapi x berkilat, tu x bahaya sebab bukan malaena.

Apa penyebab malaena?
- Penyebab malaena ialah upper gastrointestinal bleeding (UGIB).
*Gastrointestinal merangkumi perut & usus (usus kecil & usus besar).
*Upper GI -> perut & usus kecil.
*vs Lower GI -> usus besar.

- Most common cause of UGIB ialah
 -> peptic ulcer disease (PUD)
(Boleh jadi gastric ulcer/ duodenal ulcer
 -> GU or DU).

Apakah penyebab lain najis berwarna hitam?
- Constipation: najis dah keras & terlalu lama dalam usus sebab BO tak lawas. Refer SINI ~ PU & BO.
- Pengambilan iron tablet: biasanya najis warna hitam-kekelabuan...  tak shining.

Macamana nak confirm tu PUD ke tidak?
- Buat scope.
- Scope yang dimaksudkan ialah upper endoscopy @ OGDS.
- Related topic ~ Unexplained weight loss - Part2.

Sunday, October 12, 2014

Ear wax (Rawatan) - Part2.

Refer sini untuk entri lepas ~ Ear wax - Part1.

Ear wax ni ada jenis2 ke?
Yes. Ada 2 jenis - wet & dry.
Kita yang Asians ni most commonly akan kene yang dry.

Apa rawatan ear wax ni?
- Pakar ENT/ORL tak galakkan remove ear wax ni unless ianya mendatangkan masalah. Selalunya pergerakan jaw kita akan 'move wax ni outward' -> then, ia kan dried up as flakes atau fall out. 

- Ada macam-macam softeners yang boleh kita guna. Softeners ni bertindak sebagai ceruminolytics, di mana ia akan melembutkan wax ni. Cth: Minyak (baby oil, olive oil), water, Otek ear drops (usually given by GPs), Sodium bicarbonate ear drops (being used in KK), dll. Boleh titiskan 2-3x sehari sampai wax lembut.
- Kalau method ni tak fully berkesan, kenelah 'syringing/ irrigate with warm water'.

- Kalau wax dah 'block separa' (partially occluded) tapi x melekat kuat, Pakar ENT/ORL akan guna 'curette method' untuk keluarkan wax.

- Jangan guna cotton bud sebab ni akan lebih menolak wax jauh ke dalam.

Saturday, October 11, 2014

Ear wax - Part1.

     Biasa dengar tak doc sebut taik telinga keras? Kita sebut ni 'ear wax'. Atau in medicalnya ialah 'cerumen'.

Macamana ear wax ni terjadi?
Telinga ada 3 bahagian:
outer/ middle /inner ear.
And earwax ni dihasilkan kat outer ear (bahagian 'ear canal'). Merupakan sekresi/cairan dari kelenjar minyak & kelenjar peluh; yang mix dengan sel-sel kulit mati (keratin). Nama pun wax, so ia memang nampak likat lah.
Gambar wax dalam ear canal,
semasa diperiksa guna otoscope.
Gambar telinga.
Outer ear = ear canal,
iaitu bahagian cuping sampai ke gegendang
(tympanic membrane).

Otoscope - 'teropong telinga'. Hehe..
Apa fungsi ear wax?
1. Protection kepada ear canal ~ bertindak untuk 'clean & lubricate' kulit telinga luar (ear canal).
2. Juga bagi some protection from bacteria, fungi (kulat), serangga & air.
Kalau terhasil sikit tu takpe. Kalau terlebih tu yang boleh block gegendang & sebabkan telinga kurang dengar.

Next topic:

~ Ear wax (Ajik) - Part 3.

Kawasan Rekreasi Jeram Toi ditutup sementara.

9/10/2014.  
     Kawasan Rekreasi Jeram Toi, Jelebu, N.Sembilan ditutup sementara kerana suspected ada kemungkinan penyebab jangkitan kuman Leptospirosis. Ini berikutan 4 orang pesakit yang berumur antara 15-18 tahun yang disahkan positive Leptospirosis (being admitted at HTJS) telah pergi mandi-manda di sana. 
Bagi yang nak tau lebih lanjut tentang penyakit ni boleh refer sini ~ Leptospirosis - penyakit kencing tikus.

** Macamana lah tikus tak datang & membiak kat tempat-tempat rekreasi ni...dah rakyat Malaysia ni ramai yang takde kesedaran sivik... PENGOTOR... Suka buang sampah merata alam - sisa makanan, pampers terpakai, dll. Apa salahnya buang elok2 dalam plastik. 

Thursday, October 9, 2014

Apa kaitan kopi & tak boleh tidur?


Credit to Google. 
     Sebelum ni orang selalu cakap kalau nak hilangkan mengantuk, minumlah kopi atau nescafe. Tapi, baru ni aku ada dengar DJ kat Hot FM ada kemusykilan kaitan antara kopi & tak boleh tidur.

Nak tau tak jawapannye?
(Cehhh.. macam exam Q pulak).
- Okey, coffee & nescafe (Juga energy drinks - Red bull, etc) tu mengandungi caffein. Caffeine ni pula dikategorikan sebagai 'Central Nervous System Stimulant' yang mana ia akan hilangkan rasa mengantuk korang, kurangkan rasa lenguh-lenguh badan, tingkatkan 'alertness' & buat korang lebih fokus.

Berapa banyak caffeine korang nak kene ambik untuk rasa effects cam kat atas?
- Ni tak sama antara individu. Depending pada saiz badan & 'degree of tolerance' korang. Sesape yang dah biasa ambik tu die sendiri boleh agak berapa banyak dia kene consume coffee, dll baru ada kesan yang diperlukan.

Apa maksud tolerance?
- Simply said (bukan Simply CT tau..hehe), kalau biasa korang ambik secawan kopi dah dapat efek..tapi lama-lama korang kene ambik lebih (cth: 2 cawan kopi) baru korang dapat same effect. ** Ini yang terjadi pada regular users tau.

Apa effect lain caffeine ni?
- Diuretic effects -> means korang akan kerap ke toilet untuk PU. Refer sini ~ PU & BO.
- Kalau dah kerap PU, mungkin boleh jadi dehydration pulak.
- If 'heavy usage', boleh buat degupan jantung jadi laju.
- Kalau 'chronic use' (guna dalam jangkawaktu yang panjang), boleh dapat 'mild dependence' (rasa sedikit kebergantungan). Meaning, korang mesti nak ambik caffeine ni juga tiap-tiap hari. Kalau tak..macam tak sah lah hari2 korang.

Wednesday, October 8, 2014

Berat sangat ke 'Title' korang tu?

     Sape yang rasa dia orang yang aku maksudkan, please take note & please change, orait! Sape yang biasa baca entries or comments aku tentu tahu aku ni jenis 'direct' bab-bab berkaitan salahlaku or sivik ni. Bab-bab lain aku ok je, kan..kan..kan.. Aku ni baik sebenarnye,  except bab yang aku sebut kat atas, memang 'sorry naik lori' memang aku susah nak tolerate. Sebab aku bukan jenis macam tu. Tak kesahlah kau muda ke or tua dari aku - ko kenelah semaikan sifat respect kat orang lain. Jangan ingat ko ada 'Title' kat pangkal nama ko dah 'besar sangat', ok.
     Benda dah selalu jadi sebenarnye. Aku bagi contoh kisah semalam masa aku bawak husband ke Serdang (Sorry, aku bukan pi Selayang. Typo) Hospital ~ Husband accident. Asben aku kan on wheelchair. Die dah pulak besar. Susah gila aku nak tolak masuk bilik doktor. Nasib baik WC tu function well, so taklah tersekat2 aku nak tolak. Pintu bilik tu kan kecik..muat2 je. Ko, as doctor kalau nampak tak boleh nak tolong pegangkan pintu ke.  Apa berat sangat Title ko tu sampai tak boleh nak bangun dari kerusi? Helloooo, aku kat klinik aku even lagi ramai dari korang yang kerja syif masih boleh bangun pegangkan pintu untuk patient yang on WC, yang pakai tongkat, dll. Kalau patient tu buta ke aku siap panggil staf papah dia keluar. Dulu working hours kitorang kat hospital lagi lama, ok - kalau oncall sampai 36 Hours kitorang keje! Apelah sangat compare ngan korang.

PLEASE USE COMMON SENSE, OKEY!! Berapa banyak ok, daaaa?

Sambung balik...
Aku ni tengah terkial2 ni. Ada 2 doctor dalam tu tapi buat dek je. Aku nak pinjam kerusi untuk sendal pintu then baru nak tolak husband aku. Lepas tu Dr lelaki tu pandang semacam kat aku & kate lah aku kene jumpa Dr pompuan depan dia, bukan dia. Aku nak pinjam kerusi je kott. Dah pulak badan tegap tapi x reti2 nak tolong. Memang x gentleman langsung.

Sampai depan doc pompuan:
" Nanti you explain in Medical ye, sebab I pun MO (Medical Officer). "Owhh.." Aku cakap dengan penuh sopan. Nasib baik doctor lelaki tu tak menyampuk, kalau tak memang aku nak bahasakan macam ni - "Dah kenapa kalau aku doctor. Aku kan manusia. Patients lain pun manusia jugak!" Damn! Haaa..garang tak aku?

Take home message :
~ Buat kerja tu biar ikhlas. Bukan sebab makan gaji. Ko ingat HALAL KE GAJI KO KALAU kerja macam tu?

Sunday, October 5, 2014

Debaran audit internal.

    Ni jumaat lepas, YM reminds aku pasal audit internal klinik yang akan dijalankan next week. Mak oii..hari berganti hari, minggu berganti minggu & sekarang dah   berganti bulan. Tibalah masa aku kene buat audit aku sendiri dulu. Bukan taknak buat selama ni. Tapi, memanjang tak cukup doktor. So, macamane aku nak mintak excuse buat benda ni.
     Niii...mmg kena ambik masa juga untuk isi semua folder yang kosong ni. Susah aku nak buat ni atas meja. Dok atas lantai lagi senang. Tengoklah...
Haaa...aku 'bentang' semua atas lantai bilik solat kitorang. 
Doktor yang lain tolong tengok patient ye. Tak ramai pun sebab ramai yang tengah harung traffic jam kat highway.

Salbutamol lalok.

Keywords kat Nuffnang. 
     Hehe. Lawak betul tau korang. Aku taktau pulak ada orang pikir yang Salbutamol tu boleh buat lalok. 

Haaa..korang tau tak Salbutamol tu ape?
Cuba cari mana-mana pesakit asma a.k.a lelah/ semput & tanya kat dorang. Okey, Salbutamol tu adalah ubat asma (Bronchial Asthma). Salbutamol yang ada kat KK selalunya adalah Asthalin & Ventolin ( most of the time, Ventolin). Cth:- Tab Ventolin, Syrup Ventolin & MDI Ventolin. Kalau yang kene ambik gas tu pulak ialah Neb AVN (Atrovent+Ventolin+Normal Saline). Selalunya ubat untuk Nebulizer tu ialah Combivent - means, dah siap-siap campuran ubat atrovent & salbutamol. Means, tak perlu kita campurkan satu demi satu.

Apa fungsi Salbutamol ni?
Ia adalah bronchodilator. Dalam bahasa mudah, ia akan relax kan otot salur pernafasan pesakit. Bagi bukak sikit salur pernafasan yang tengah sempit tu. 

Apa pulak side effect Salbutamol ni? 
Okey, kalau yang makan ubat (tablet/syrup) & guna Inhaler (MDI), tak pernah lah lagi ada masalah, unless korang overdose. Tapi, kalau yang ambik gas (Nebulizer), some told as having chest discomfort. Actually, dorang akan rasa jantung berdegup laju (palpitation) sangat, but don't worry as that is temporary only. And not all patient will experience this. Beberapa minit lepas tu akan slow back to normal. 

Apa lagi side effect lain Salbutamol?
Please refer kat bawah.
- Korang baca yang most common tu,okey.
- Yang tulis Other symptoms tu memang tak common lah - aku pun tak pernah dapat kes camni.
- Yang tulis Rarely Occurring tu memang rare lah.
*Penting faham word-by-word sebab ramai patient yang very worry sampai taknak ambik certain medications. 

Wednesday, October 1, 2014

Trigger finger.

     Kalau nak diikutkan, memang ramai patient yang mengadu tak boleh nak bend/bengkokkan jari. Bila try2..at last boleh bend, tapi masalah masa nak luruskan jari semula - ada rasa 'locking' or 'catching'. Jari tu macam 'snap', tak boleh nak function normally. Ada rasa sakit jugak.

Problem ni slalu involve jari mana?
Boleh jadi kat mana2 jari - ibu jari, jari telunjuk, jari hantu ,jari manis (bukan kak JM ye. Hehe..) atau jari kelingking. And mungkin jadi pada lebih daripada satu jari at a time?

Macamane boleh jadi macam ni?
Sebab penggunaan yang kerap bagi jari tertentu (repetitive forceful use/ repetitive gripping actions). Ini menyebabkan kejadian inflamasi di bahagian dalam lapisan (sheath) yang menyelaputi tendon. So, bahagian ini akan bengkak & kemudian menyempit (cikgu BM jangan marah, bahasa aku teruk kan?). Bila dah sempit tu, maka akan mengganggu pergerakan jari.
Actually gambar ni semuanya sama
- saje letak banyak2 so that korang boleh imagine.
Macamana nak rawat?
Selalunya dengan steroid injection atau minor operation untuk release tandon.

Notes :
2 gambar ni pun menyampaikan mesej yang sama.
- Steroid injection pada lapisan tendon.
Biasanya patient xnak rawatan di atas. Kalau aku pun x nak. Dulu aku kene jugak ni..tapi baru early stage gitu..(banyak menulis kan)... So, aku urut2 jari aku sendiri je. Entah bila masa aku pun x perasan dah ok. Well, aku wassap FMS whether worth it kalau aku hantar fisioterapi dulu. Dia kate boleh..tapi, plus Occupational Therapy jugak. So, aku refer patient kat Unit fisio & OT klinik lain sebab perkhidmatan tu takde kat klinik kitorang. 

Saturday, September 27, 2014

Ni bukan buasir... tapi UVP.

Baru ni ada sorang makcik umo 63 mengadu ada something keluar dari bahagian bawah tempat sulit dia. Dia memang sangat malu nak tunjuk. Orang dulu2 memang terkenal dengan sifat malunya, betul tak?

Makcik N: Dr, makcik memang dah lama ada buasir. Tapi selalunya buasir tu keluar kat belakang..dari tempat buang air besar makcik. Tapi, kali ni buasir tu keluar kat depan pulak.

Aku: (Erkkk..dalam hati je). Ermm..makcik, macam tu bukan buasir. Dah berapa lama makcik menghidap masalah ni? Biar saya check dulu ye.
* Aku dah dapat agak tu UVP sebab itu common diagnosis bagi elderly woman yang mengadu something keluar dari bawah.

Makcik N: Dah 3 bulan. Tapi, makcik memang fikir banyak kali bila nak check ni. Makcik malu. Kalau nak check penyakit lain makcik x kisah.

Aku: Maaf ye, makcik. Saya faham perasaan makcik tu. Biar saya check kejap je.

Lepas check, confirm UVP.
Korang tau ke apa UVP tu? 
Means Uterovaginal prolapse a.k.a 'rahim jatuh'.
Ni gambar rahim yang jatuh jika dilihat dari sisi.
Ada 4 stages - Stage 4 yang paling teruk
(dah nak terkeluar habis..) 
Macamana rahim boleh jatuh?
Senang cakap, sebab ligament yang pegang rahim tu dah longgar & x kuat. Selalunya keadaan ni akan dialami bila dah berumur (Usually umur 40 ke atas).

Apa sebab jadi macam tu?
Selalunya sebab 'difficult birth' & 'multiple birth'. Cth: Susah sangat nak melahirkan anak sampai kene push lama-lama ataupun terlalu banyak kali pregnant so ligament tu dah tak kuat sangat... asik nak 'hold' rahim ibu mengandung.
Dalam keadaan biasa, rahim ni kecik je.
Cuba tengok saiz rahim yang membesar
mengikut tempoh kehamilan.
Take home message :
Penting buat yang tak tau. Please baca ni ye.
     Kan orang tua-tua pesan masa pantang jangan angkat barang berat-berat. Tau tak apa significant nya? Okey, kalau boleh janganlah angkat baby or barang-barang dalam keadaan berdiri masa dalam pantang ni. Sebab ni akan meningkatkan tekanan dalam perut yang seterusnya akan menekan pada rahim korang. Maka, lagilah longgar jadinya. Masa ni patutnya adalah tempoh berehat dari tugas berat. Please bagi masa kat bahagian peranakan korang nak pulih sepenuhnya. Memang masa muda ni korang tak rasa pape. Rasa badan kuat je, boleh buat itu ini. Trust me, if u don't follow my advise most probably u will get this problem bila tua nanti. A lot of woman has this. Why you want to get this too?
     Kalau dapat ni memang azab. Boleh sampai luka-luka (ye lah, organ tu kan patut dok dalam badan, ni dah terkeluar) ,sampai sakit pinggang yang amat, & ada yang sampai tak dapat control urin/ najis. Can u just imagine this? Image sebenar korang Google sendiri ea. Takmo letak sebab takut ada yang fikir serong.

Thursday, September 18, 2014

Sakit lengan simptom 'heart attack'?

     Sorang pakcik ni jumpa aku rini sebab sakit lengan - dua2 belah. Dah sebulan. Dia risau sebab dia memang 'known case ischaemic heart disease' a.k.a pesakit jantung - dah buat stenting pun.
Related topic ~ Myocardial infarction.

Pakcik: Doktor, orang kata kalau sakit lengan tu simptom sakit jantung kan?
Aku: Ermmm..bukan macam tu, pakcik. [dalam hati - misconception ni].

* Explaination - Simptom 'heart attack' secara 'classical' adalah:
- sakit dada di sebelah kiri/ tengah (left sided /central chest pain)
- Pain may radiate to left arm or left jaw
(Sakit tu mungkin menjalar ke lengan kiri atau rahang kiri). * Means, sakit tu BUKANNYA berasal dari lengan.
- Ada patient tak sakit dada, tapi mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba (sudden breathlessness).

Further Q kat patient :-
Aku: Pakcik ada angkat cucu ke?
Pakcik: Ada, cucu pakcik 5 orang.
Aku: Paling kecik umo berapa?
Pakcik: Umo nak masuk 2 tahun.
Aku: Ohh, berat tu. Lepas ni pakcik jangan selalu angkat cucu lagi ye :)

Pedih ulu hati.

     Sapa pernah ada simptom ni? Dah dapat diagnosis ke? Dah terima rawatan? People around ada tak pernah facing situasi ni - samada korang nyer asben, wife, parents or siblings. Apa agaknye diagnosis yang korang terpikir masa tu?

     Asben aku dah beberapa kali alami simptom ni. Sakit macam nak guling-guling. Sampai sekarang belum dapat diagnosis sebab dia takmo amek appointment Pakar. Most lelaki memang macam tu. Perempuan pun ada yang camtu tapi x seramai lelaki. Korang rasa kenapa ea?

     Asben aku ni ada strong risk factors:-
1. Ada family history IHD. Refer SINI ~ Myocardial infarction. 
(MI termasuklah dalam kategori IHD).
2. Dia jugak suka makan jeruk & kerap minum air yang berais batu.
3. Kerja dia pulak sangat stress sebab selalu terima tekanan dari Senior Officer.

So, macam-macam aku fikir. Antaranya:

1. Heart attack - tapi dah banyak kali buat ECG semua normal.
Refer SINI Electrocardiogram (ECG).
2. Peptic ulcer - masa admit tu dah buat CXR (chest X-Ray tapi takde 'air under diaphragm).
3. Panic attack - ni pun boleh jadi tapi tengah2 ok (takde stress) takkan tiba-tiba panic attack.
4. Gallstone - Kalau penyakit ni selalunya sakit ulu hati semasa/lepas makan berat or meal yang berlemak. Aku tanya ada tak check LFT (liver function test)? Dia kata ada check darah tapi x sure untuk apa.
5. Gastritis - Dia kan selalu makan asam - banyak cuka. Tapi, ni kena buat scope baru tau.

     Ingat tak aku pernah cerita dia admit ward masa raya ritu? ~ Kenangan Hari Raya 2014.Sampai la (sekarang) xtau diagnosis.
Ermmm...

Saturday, August 30, 2014

Unexplained weight loss in adults.

     Ramai kan yang sedang berdiet ni? Almaklumlah sedap menjamu selera selama 1 bulan di bulan Syawal baru ni. Macam-macam juadah sumbat kat tekak kan. Macamane, turun tak berat korang? Kalau berjaya, TAHNIAH aku ucapkan. Tajuk kali ni aku nak share sikit tentang ada certain orang yang berat badannya turun tanpa sebab. Cuba baca definisi nya kat bawah ni .....
Means, berat depa turun tanpa perlu diet atau exercise.
Apakah antara sebab-sebab terjadinya penurunan berat badan ni?
Ofkoslah disebabkan oleh penyakit tertentu.

Antara yang common (biasa) adalah:-
1. Hyperthyroidism.
2. HIV.
3. Depression.
4. Diabetes.
5. Chronic Kidney Disease.
6. Malignancy (cancer).

No. 1-4 dah banyak yang aku discuss dalam entri-entri lepas.
Kalau korang tak jumpa btau ea ...
** Aku seriau ni sebab aku sendiri alami 'Unexplained weight loss' ni - Apa nak jadi dengan aku ni?