Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

WW ~ Menyayangi kamu.

Sumber: Google.
Menyayangi kamu,
Apakah harus sesakit ini??
People cry not because they're week.
It's because they have been strong for too long.
Everybody hurts.
Don't be sad
Allah always with you. 

Monday, August 11, 2014

Salah aku ke?

    Hidup aku ni penuh dengan peraturan. Aku akan otomatik create certain peraturan / rules so that ia akan mudahkan kerja harian aku. Peraturan aku tu memang reasonable & practical. In fact, aku tau mesti ramai yang macam aku jugak. But then, kalau ada people within the house that break the rules, akan menyebabkan aku membebel macam peluru machine gun. Walaupun cenggitu,  kalau orang lain tak ikut..aku tak ambik pusing sangat..asalkan tak burden aku.
     Ape yang aku membebel ni? Mesti korang tak faham kan?
Meh tengok sini...
Nampak bantal yang penyek ni?
Dah pulak bantal ni 'landing' kat hall.
Kalau sebulan aku tak betulkan..
alamatnye sebulan lah bantal ni terperosok kat ruang tamu macam tu. Ni pun kira bagus compare dengan sarung bantal yang tertanggal 'sendiri'.
Jom ke dapur..
Kapasiti bekas air ni 10L. Baru sekejap refill dah tinggal half. Mane pegi yang lain?
Dalam botol-botol air kat dalam fridge ler tu.
Actually aku isi ni supaya senang aku nak buat susu anak & senang anak aku nak ambil sendiri air bila nak minum.
Actually, bukan susah pun nak refill air.
Bukan nak kene masak pun. Pusing je bahagian kepala paip tu. Tinggal rajin or malas je.
Bekas air ni 2L. Dah ada orang isikan. Tapi, lepas minum boleh pulak biar je tutup dia terbuka. Kalau ada remote pun belum tentu rajin nak guna. 
Aku memang suka sangat Tupperware One Touch. Sebab bekas jenis ni ketat. Memang terjamin food tak lemau. Bukan susah pun nak tutup. Dah bagi tutorial cara nak tutup pun tetap macam gambar atas-kiri. Ada sekali tu penuh semut masuk..memang aku ngamuk lah. Habis semua milo kene buang.
Jom singgah kat bedroom.
Remote ni aku memang geram kalau letak bawah nanti anak capai & ketuk-ketuk..langsung pecah. Dah berbuih mulut aku pesan, but still tak diendahkan.
Botol-botol minuman...Korang rase patut letak dalam almari baju ke kabinet dapur?
Bekas makanan. Ni dalam bilik yang aku jarang masuk. Kalau aku tak kemas, berkulat lah kat situ. 
Dalam aku dok membebel sorang-sorang (dalam hati...sebab am alone rite now), aku terjumpa baju melayu purple ni. Saiz 20. Baru teringat, nilah baju raya ke-2 Adam Hadif. Mase tu kitorang beraya di kampung mak kat Bukit Merah, Perak.
Buat aku senyum manis sorang-sorang :):):)
Aku tau ada rahsia yang perlu disimpan.
Tapi aku bukan jenis suka berahsia. Napa susah sangat nak ikut peraturan? Kalau aku tak puas hati, aku akan direct-to-the-point. And kalau buat-buat tak paham jugak..akan ada punishment. 

Thursday, August 7, 2014

Hari Raya ke-7.

     Cuti raya aku lama. Tapi, tak jalan kemana-mana sangat sebab asben n aku both feeling unwell. Semua plan aku lari tau. Tapi, Ahad lepas 3 Ogos aku gagahkan diri juga memandangkan sian mak aku tak berjalan raya. Ayah aku bukan suka sangat bab jalan rumah orang.
Dari kiri: asben, mak aku, aku.
      Masa ni raya umah sepupu aku, B.Din kat Saujana Impian, Kajang. Wife die, K.Liza kerja. Tinggal 2 anak dara dia je kat rumah layan kitorang. Yang sulung tu amek Medic. Kalau tak salah dah tahun 2.
Dari kiri (ikut bentuk U):
K.Inda, B.Faizal, Paksu, Faris Najmi, Adam Hadif (terlindung),
Maisara, Naim meriba Faiq Najwan, asben,
mak meriba Adam Ziqri. 
  Jom teruskan bergambar.
Bawah ni anak aku yang snap..tak yah upah photographer :D
Bermalasan di atas buaian.
Kalau ada 1 dalam rumah memang best ni.
Tapi, sayang duit & macam nyemakkan rumah.
Eh, ada budak botak enterprem.
Mai..mai..nasi Arab lauk kambing delivery.
Hehe..actually CEO Arab Malaysian Finance Berhad, K.Liza
(if not mistaken) baru balik keje & sempat gi beli food ni.
Aku tak join depa pun.
Ntah nape kepala aku pening n mual je sepanjang minggu.
Erkkkk..aku tau ape yang korang pikir.
No..no...no...jangan pk ke situ :p
Arrows tu tunjuk anak aku -
adam hadif (depan)
adam haziq (blkg).
3 beradik lagi tu sepupu yang paling rapat dengan dorang.
Anak kak sedara aku, K.Inda.
K.Inda ni staff nurse kat ICU, Hosp Putrajaya.
Kalau kate je nak jumpa budak-budak ni,
mesti depa senyum lebar sampai telinga.
Dah kitorang je dok nogori.
Sedara lain dok Perak.
Lepas perut semua dah kenyang..
Jadilah macam pacat..
Kami balik pukul 7pm.
(Aku je yang tak kenyang...uwaaaa).

Sunday, August 3, 2014

Perjalanan pulang dari kampung.

~ Autopublish entry ~
Ni dah otw balik Kelantan-Negeri 9.
Plan balik yang salah - hari Khamis, Raya ke-4. Kitorang ingatkan warga Kelantan yang lain balik hari Jumaat. Rupenye sama hari. So, dah boleh agak apa akan jadi kan?
Still nearby rumah Umie lagi ni.
Traffic light hijau, tapi kereta tak bergerak.
Jalan ni pun tak boleh lalu..
Most kereta buat U-turn balik.
Nampak tak kereta dah mula bersusun depan tu?
Saje ambik gambar ni sebab
pemandangan sini cantik.
Macam dalam cerita Korea tu..
Kiri-kanan sesak.
Sungai Kelantan - besar sangat.
Perjalanan dari sini lebihkurang 400 batu
lagi untuk sampai KL.
Kat traffic light. 


Kat Petronas pun camni. 
Jajahan Gua Musang.
Bermulalah perjalanan yang mencabar.
Sorang dah lelap.
Sorang dok makan sate ikan.
Mama beli 20 cucuk.
Seronok sangat Abe makan.

Saturday, August 2, 2014

Kenangan Hari Raya 2014.

     Dah lama kitorang tak balik beraya kat kampung asben - Tanah Merah,  Kelantan. 
Ini kerana mak asben dah takde since he was 17. Ayah pula dah takde since sebelum aku pregnant anak 1st. Mase tu arwah ayah teringin sangat nak tengok kami ada anak. Tapi, belum rezeki. Bila aku balik kampung asben mase kenduri arwah ayah, baru aku dapat kesan aku pregnant. Dah takdir.
     Adik-beradik asben 4 orang. Sume dok luar- Area KL & Selangor. Tapi, dorang sume kawen orang sane. Aku je orang Nogori9 + Perak (yang tak reti cakap bahasa dua2 tu). 
     Tahun lepas, aku & adik-beradik sume raya di Bukit Merah,  Perak. Then, tahun ni kelik Klate sebab sian kat asben lame tak balik kampung. Lagipun mak tiri masih ada.
Raya 1st -rumah saudara-mara.
Dorang serba hijau.
Kitorang serba pic-oren kott. Taktau nak cakap.
Seronok budak-budak ni main kat serambi rumah.
Rutin biasa - berselfie.
Adam hadif pun dah pandai selfie.
     Malam tu, asben start pedih ulu hati. Memang x tahan sangat. Dalam kol 10pm dah gi hospital amek 'jap'. Tapi, kemudiannya kol 2am dah sakit balik sampai tak boleh tido & sukar bernafas. Kol 3am abang die hantar Hospital Tanah Merah & he was admitted. 
Suasana di ward mase asben dah stable.
Menadah tangan berdoa pada-Nya.
Baby sampai tak berbaju sebab panas sangat kat ward tu.
No wonder lah BP asben naik.
Masing-masing cakap 'papa sakit' tapi hakikatnya
mereka belum mengerti erti kesakitan tu.
     Asben was discharged at Day 3 Hari Raya, but without proper diagnosis. Aku suggest asben wat scope (OGDS) sebab Differential Diagnosis aku:
1. Gallstone disease.
2. Acute gastritis.
3. Peptic Ulcer Disease.
(Unlikely Heart Disease or Acute Pancreatitis).

Monday, July 28, 2014

Perjalanan balik kampung.

Akhirnya, tibalah hari nak balik kampung.
Orang paling tak sabar semestinye asben aku sebab nak balik kampung die. Eventhough mak&ayah sebenar die dah meninggal dunia, die still ada Umi (mak tiri) & die sangat rindukan kampung halaman dia.
Kami singgah umah mak aku & lepas tu mulakan perjalanan dalam pukul 2.30petang. Tapi, oops singgah kat The Store jap sebab ada lagi keperluan yang tak cukup. Sempat lagi aku beli luggage besaq Polo RM99 je...sebab kitorang x cukup beg.
And at last...
Baca doa - moga kami selamat tiba ke destinasi.
Area KL lagi ni..
Alhamdulillah budak kecik ni tido.
Buleh Mama rehat.
Papa dah jatuhkan seat tengah & bentang
2 lapis toto so that budak-budak boleh
baring.
Mama pulak dah siapkan toys seplastik.
Jangan gaduh-gaduh sudah.
Mama pun berselfie macam biasa.
Mase ni baby kat seat belakang.
Baby dah pandai memanjat ke belakang...
tapi yang tak larat tu dia suka ulang-alik depan-belakang.
Dalam pukul 5.40ptg sampai Bentong.
2 masjid yang tersergam indah di Bentong. 
Kami teruskan perjalanan & nampak ni..
- Nangka Madu.
Asben kate best. Ermm..no comment sebab
aku memang tak suka nangka.
Bau pun dah pening. 
Dalam pukul 6.30 kot..kami stop kat sini..
- Pusat Perhentian Benta.
Nak beli juadah berbuka puasa.
Dengan selamba badak..kami tumpang makan
dalam kedai ni. Tapi, setelah minta izin.
Tapi, yang aku geram..anak-anak aku ni..
gi rumah orang ke..kedai orang ke..depa sukahati buat
macam rumah depa. Erkk..puas mama ajar supaya
jaga adab.
Ini adalah keadaan biasa kalau kitorang balik
kampung awal. Alhamdulillah tak jadi kali ni sebab
kitorang balik lambat dari orang lain.
(Memandangkan asben aku duty. Hari Ahad
baru balik umah.)
Okeylah, lepas Maghrib kami sambung perjalanan. Oopppsss.... actually after bersihkan anak aku yang BO. Time ni tiga-tiga boys ni BO serentak. Macam kembar.

Alhamdulillah.. pukul 2pagi kami sampai di Tanah Merah, kampung asbenku yang terchenta.

Monday, July 21, 2014

Duit raya...sampul duit raya.

Raye dah dekat ni..korang dah tukar duit kat bank ke belum? Mesti ramai yang dah, kan? Ang pow camne, dah ade? Aku alhamdulillah ade dapat free mase beli barang semalam. Beli susu &  pampers anak-anak dll kelengkapan rumah cecah RM300. Haruslah dapat Ang pow free kan?
* Sekarang duit cam air kan? Beli sikit je dah beratus.
Angpow free.
Tapi, sebenarnye aku tak kesah sangat kalau tak cukup angpow. Sebab everytime anak aku dapat angpow,  straight away dorang bagi aku so sampul angpow tu aku recycle je sebab still in good condition.
Sape2 yang belum ada anak pun jangan risau, mintak je sampul angpow kosong anak2 buah korang tu. Dorang bukan kesah ke sampul angpow tu pun. Hehe..