Showing posts with label MC. Show all posts
Showing posts with label MC. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Endorse MC #2.

Dulu aku pernah up entri berkaitan tajuk ni kat SINI ~ Endorse MC.
     Baru ni..on same day, adalah 2 kejadian berkaitan...happened to be seen by 2 of my colleagues. Nasib dua2 mood baik. Kalau tak, dah makan kasut dorang ni. Ahaksss sukahati aku je:)

1. Sorang nyonya ni - pensyarah linkungan umo 50-an. Ada masalah katarak - operation done @ 1 of Pvt Hospital in KL. 1 MC sheet tu dapat cuti 1 week duration je. Another sheet, cuti 1 month. Ape ke lama sangat? Dah macam cuti bersalin pulak, kan? Macam biasa datang nak endorse MC tapi takde surat dari Pvt Hospital tu regarding diagnosis penyakit dia. Haruslah kene reject kan? This is medicolegal okey..bukan medical check-up (hehe..ni namanya melawak x kene tempat:) We all assume dia x faham, so we all pun terangkan. Tapi, dia insist soh sain juga. Cara dia cakap macam kaki gaduh tu. Memang boleh2 nak soh kawan aku dengar cakap dia juga. Well, bagi dia benda ni kecik. But, to us..silap haribulan 'ke dalam'. Dalam mana? Dalam court, hokey.

2. Kes jaga anak sakit - dia ambik MC Pvt lepas tu soh Dr Govt endorse. Memang tak laaahhh..haha.

Take home message :
* Harap maaf, kami hanya menjalankan tugas hakiki kami. Rasuah tidak diterima di sini (Hehe..manede siapa rasuah pun. Cuma 'nasi tambah' je ni:)
* Our job is full of risk, so we have to protect ourselves.
* We are not your maid, so please don't order this & that out of the limit.

Amacam, garang tak Dr. Shikin?

Thursday, August 21, 2014

Budak sekolah tipu MC.

     Semalam ada seorang cikgu call klinik untuk bercakap ngan kawan aku, Dr. L. She wants to confirm betul ke Dr. L bagi sampai 7 hari MC kat student dia yang dilakukan prosedur T+S (jahit) kat tangan. Dr. L kata kat aku, " Memang tak lah. Mane pernah dia bagi MC lama-lama macam tu. "
     Petang tu, cikgu tu datang dengan student tu skali untuk kepastian. Bila kitorang tengok surat cuti sekolah student tu, memang ada kesan pembetulan sana-sini. Memang nampak sangat telah di'adjust'. Sampai comot pulak tu. Dari cuti 1 hari dah jadi 7 hari. Tuliskan pun lain. Warna pen tak sama. Memang kene tindakan disiplin le gamaknye ye..Lain kali jangan cuba nak tipu cikgu or doktor lagi, ok.
" Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. "

Saturday, August 9, 2014

Buku MC hilang.

~ Autopublish entry ~
     U olzzz tau tak kalau MC book hilang dah kategori kes polis? Mane-mane tempat aku keje mesti ada jadi kes hilang ni. Slalunya akibat dek kecuaian. Kalau jual sekeping dah berapa boleh dapat? 1 buku tu ada 50 keping u olzzz. Pakcik kayo!! Cop boleh buat..memang takde hal. Depa boleh tengok je bekas yang dah cop kat bahagian Copy.
     Latest, hilang 2 hari sebelum cuti raya.
Mase tu, 1 buku tu aku share dengan Dr. Liyana. Kebetulan lunch time kitorang sama-sama balik umah. (Slalu aku tak balik pun sebab malas nak rushing.) Buku tu terbiar atas meja. Balik petang dah hilang. Tak mungkin staff curi sebab kak B, akak yang jaga kaunter memang bertugas lunch time. Dari kaunter memang jelas nampak sape yang masuk sana. In fact, aku pun slalu lepak kat bilik waktu camni tapi memang tak penah ada nurse or MA masuk dalam.
     Menjadi 1 pekerjaan pulak. So, pergilah aku mereport kat nearby Police Station. And disebabkan ada 1 suspek yang pernah ada rekod jenayah, kena pulak pi Unit Jenayah kat Police Station kat S2 (lebih besar...). Tak tangkap pun. BTW, rase selamat sebab apa-apa jadi kemudian hari ada bukti aku dah wat report.

Friday, July 25, 2014

Endorse MC.

~ Autopublish entry ~
U olzzz or colleagues u olzzz pernah tak datang KK untuk endorse MC dari private hospital?
Actually benda ni is not written dalam SOP untuk Medical Officer pun. So, kalau doktor taknak sain pun boleh kan? Hehe..saje nak buat jahat sikit.

Mase blaja dulu pun tak pernah pulak pensyarah ajar cara nak endorse MC. Yang dipelajari adalah cara nak diagnose penyakit & rawat pesakit. 

Tapi takpelah...kitorang ni baik hati tau. Sain aje, but with conditions :
1. Please lekat MC to comel2 atas kertas A4 putih.
2. Complete with diagnosis on every MC sheet.
# KPJ bagus sangat because on the MC itself ada part Diagnosis.

Menyusahkan ke? Actually kitorang dah hadapi banyak masalah related with MC ni - mane yang time tengah rawat patient bos u olzzz call mintak explaination pasal MC...mane yang nak kene buat explaination letter kat employer. Banyak keje tu...

Wednesday, November 6, 2013

Bagi saya MC 2 hari...Bagi saya 3 hari..

Amboi2...ingat ni kat kedai makan ke? Main order2 pulak ye..
It's like you want to have..2 pinggan nasi goreng..or 3 pinggan koew tiaw basah pulak..

First case :
Young lady age 30/ 4 months post LSCS.
Came with husband.
She complaint of pain at op site for 2 days duration.
Had H/O heavylifting ..well she's working in hotel (started working at 2 months postnatal). There is no fever. No PVB/ haematuria.
Vital signs normal. Per abdomen pon takde pape - No wound breakdown / soft / no underneath collection. Of course tender sikit lah.

Pt mintak MC.. " Dr bagi saya MC 2 hari ye. Hari ni & esok. " Amboi...elok2 aku nak bagi sehari..karang langsung tak bagi. Aku cakap ler..." You need light duty. Nanti I write to your boss. " Eh..die x hirau langsung aku nak bagi light duty 2 bulan tu. Yang die heran nak MC 2 hari . Abes tu..hari ke-3 cemane? Cube korang pikirkan utk aku? (malas aku nak pikir dah utk org camni..)

Second case :
Mr. S/53/ Indian Muslim.
PTD4 - alleged MB skidded.
Sustained multiple A/W over left buttock & left foot.
Today datang nak sambung MC..padahal bukan ada terkoyak ker...patah ke..Saje malas nak keje lah tu. Keje Guard je pon...bukan kat Shell ke hape yang nak kene angkat tong gas beberat.
(Dalam hati - kalau malas nak keje..berenti je lah)
" Doktor bagi saya MC 3 hari! "  "Amboi!! 3 hari tu.." Spontan je aku sound dedepan uncle tu. Kuang asam betol..Ingat aku balaci ko ke hape...
Tengah2 aku sound tu..boss die kol. Amboi..pandai die kelentong boss die cakap Dr sini soh die datang appointment. Takde sape pon bagi die appt. Bagi boss yang bace entri aku ni...beware dgn your employee ye. Mmg x boleh pakai ... Die siap btau boss die MC 3 hari. Aku tulis MC pon belom lagi..patutnye sehari jerr MC yang layak untuk die. Tengah die bz jawab fon tu.." Uncle...sy bagi u MC 2 hari je! " Siap ulang 3 kali bagi boss die dengar. Amek ko. Mase tu aku dengar boss die nak cari pekerja lain. Tulah..elok2 dapat keje..nak ponteng kan...Sekarang dah tak payah keje..Dok lah kat rumah puas2 kan?

*** Pada sesape yang tak puas hati dgn entri aku x ape. Aku ni mmg jenis STRAIGHT-TO-THE-POINT gitu. Tak sukelah beralas2 segala bagai ni.. Biar jelas & nyata.

# LSCS - lower segment caesarean section
   PTD - post-trauma day
   MB - motorbike
   A/W - abrasion wound
   H/O - history of
    PVB - pervaginal bleeding