Showing posts with label Adam's. Show all posts
Showing posts with label Adam's. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Lirik lagu Malaikat - Hazama.

     Pernah dengar tak lagu Hazama ni? Best tak? Aku pun layanzzzz gak masa tengah driving pepagi time pi kerja. Tapi, perasan tak ada something weird kat lirik dia? Taktau korang perasan tak - part Malaikat tu. Aku harap sape yang minat nyanyi/ karok tu hati-hatilah juga part-part agama ni kalau silap caranya kena tanggung dosa pulak.
     Tak faham apa aku bebel ea? Tang "Tuhan tolonglah hantarkan Malaikat kepadanya bila ku tiada". Kan Allah memang dah hantarkan Malaikat kat kiri & kanan bahu kita untuk mencatat amalan baik & buruk kita - this is for everybody, rite? Not for special case or for people who request only. Ramai yang tau ni. Cuma aku risau yang tak pernah ambil berat hal agama dapat benda2 macam ni...takot makin rosak akidahnya. Sekarang ni dah macam-macam beb. Channel untuk buat jahat kat mana-mana. Depends on our iman je to decide & pick which is good & which isn't.
     Kat bawah ni aku nak share apa yang Abe belajar tentang Malaikat.
Malaikat Israfil tu ea..
Bukan isroil - technical error. 

Monday, November 10, 2014

Sambutan birthday budak tadika.

Lanjutan kisah ~ Persiapan birthday party Abe.
    For sure ramai antara korang yang pernah ada pengalaman sambut birthday anak kat tadika, kan? As for me, this will be my first experience. So, kalau nak share budget, boleh refer sini - budget untuk 70 orang. Nampak biasa je, tapi terbang dalam RM250 jugaklah. Ermmm..

Kek choc moist 9" = RM85.
Sebahagian dari barang-barang yang dibeli.
Belian kat Pasaraya Zemart.
1. Gula-gula mentos: 
36 biji x 4 plastik = RM8.80.
Masa ni aku tak jumpa yang plastik besaq.
2. Snek Tam Tam:
2 peket besar = RM14.
3. Snek jagung manis:
2 peket besar = RM10.
4. Coloring book:
70 buah x 60sen = RM42.
5. Air kotak:
24 kotak = RM15
Aku bagi 70 kotak. Maka, total = RM43.

Belian kat kedai RM2.
Alat mainan tiup2 (taktau nama) 
70 pcs = RM14.

Belian kat CG Craft.
Goody bag jenis kain.
7 peket x 10pcs = RM27.30 (dapat diskaun -> jadi RM23.50.

* Corak kek dah tukar lain. Harap2 menjadi.

Sunday, November 9, 2014

Persiapan birthday party Abe.

Lanjutan kisah ~ Tempah kek - 10 hari lagi.
     Selain dari tempah kek, korang rasa apa lagi aku kena arrange? Aku sebenarnye asik terlupa tarikh 14Nov ni. Dah pulak seminggu lagi dah nak start cuti sekolah. Kalau aku tak buat sambutan hari lahir ni, confirm Abe sedih. Anak-anak aku bukan jenis mendesak atau suka mintak itu-ini. Tapi, ye lah..naluri keibuan - adakala tersentuh juga bila nampak anak mengharap.

Setakat yang aku tau:-

1. Goody bag.
- Boleh isi snek ringan (awas jangan yang terlalu banyak perisa), air kotak, gula-gula, barang-barang birthday party cth topi,dll.

2. Makanan berat.
- Kalau pandai masak banyak & sempat boleh lah buat yang ni.
- Kalau nak tempah pulak cam leceh nak angkut pi tadika.
* Aku pun x dapat cuti so takut kelam-kabut nanti.

3. Confirm with cikgu.
- Cikgu kata kelas Enche Adam (Abe) ada 32 orang. Tapi selalunya goody bags bagi kat semua - total 65 orang.
- Kek hanya potong untuk sekelas je. Parents boleh hantar pagi tu. Fridge mmg ada. Sambutan just among murid & tenaga pengajar sahaja.

Tempah kek - 10 hari lagi.

4/11/14.
(Kes peram entri hingga masak ranum:)

     Apa yang 10 hari lagi? Ada apa-apa yang best ke? Hehe.. Best untuk anak aku je lah. Bukan mama dia. Tengah fenin ni mencari kek untuk sambut birthday kat tadika dia - PASTI. Bukan nak grand2 pun. Memadai Abe rasa happy.
     Kek apa dia nak? Ermmm..bertukar2. Biasalah budak-budak. Antara pilihan dia - kek padang bola kat King's (tak cantik langsung kat mata aku), kek spiderman & kek 'car'. Kek spiderman tu cantik sangat - warna biru. Tapi ada fondant. Sebut betul-betul, bukan pondan ea. Refer pic kek tu kat SINI ~ Variasi kek.
     Selama ni, pernah 2x je pun sambut birthday anak-anak aku. Siap combine lagi tu. Aku malas nak pi tempah kek kat kedai. Adelah skali... pi Kedai Kek Mango kat Taipan Senawang. Order kek Angry bird. Memang puas hati sangat. Harga around RM110 kalau tak silap. Memang kek tu besar & berat. Tapi korang, kalau nak order ni awal2. Selalunya paling lewat 1-2 weeks earlier. Lepas tu depa x terima tempahan. Related with ~ Jamuan Hari Raya Aidilfitri di lorong gelap.
     Aku ni kecoh tanya sana-sini kawan-kawan & staff2 aku kat klinik mana boleh tempah kek? Atau siapa kat klinik boleh buat?
JM Wana: Dr, K.Kapty (Staff nurse senior) punya menantu ambik tempahan kek. Siap published kat FB.
Apalagi, aku terus jumpa k.Kapty & get hp no menantu dia.

8.00mlm:
     Bermulalah sessi wassap dengan Pija, menantu k.Kapty untuk tempahan kek. Banyak benda juga aku kena decide - jenis kek, saiz, tulisan, tarikh nak ambik. Susah juga ni. Alhamdulillah Pija sudi jawab soalan demi soalan aku. Yang tempah kat kedai dulu Tuan Kedai tu yang decidekan (sebab ikut standard dia & gambar kek tu ada dalam phone dia), so aku just cakap tiru hat tu & hulur budget je. Niii..malas aku nak pi survey kat kedai. Bila masa pulak nak pi, kan?
     Hasil discussion, kek yang aku nak tu cancel - sebab mahal sangat... RM250. Bukan nak sambut kat hotel pun. Aku mintak lekat gambar je lah macam kat bawah ni.
Choc Moist Cake 9" + customized image
= RM85,
Okeylah kan dari RM250.
Kusss...semangat.

Monday, November 3, 2014

Buat passport & tukar IC (kad pengenalan) baru.

  1/11/2014, Sabtu.

   Cer teke kat mana aku sekarang ni? Aku suka tang teke2 ni..hehe. Kengkononnya surprise gitu:) Wokey, aku bagi hint sikit. Sapa teke dengan tepat aku bagi hadiah. Tapi, dah ada jawapannye kat bawah ni. Cadangnya nak pi travel sini ~ Best ke melancong ke Vietnam?
    Seawal pukul 7.00pg aku, anak2: Abe & Ajik, Acu (adik aku yang bongsu) & ayah dah bersiap-siap kat rumah. Kitorang nak pi Bahagian Imegresen kat Level 2, Wisma Persekutuan, Seremban. Terpaksalah kejut sebab kalau lambat memang tak dapat nombor. Q die memang very..very long maa. Jiran aku pernah pi pukul 8pg memang x lepas lah. Orang dah tunggu depan pintu seawal sebelum 7pg. So, we have to make a proper plan sebab nak bawak budak-budak kecik ni. Depa mana boleh tunggu lama. Bila rimas, depa akan mula buat perangai. Biasalah tu. So, the plan is ayah kluar dulu (naik motor) with all the documents: IC original + 1 copy, dan Surat beranak anak + 1 copy each. Then, rupenye anak-anak aku need copy of IC aku juga as caretaker gitu. Mak aihhh..seb baik ada extra copies dengan aku.
Sign hijau - Kaunter Pertanyaan, Bahagian Imegresen.
Semua tengah beratur sampai luar.
- Dah nak dekat sampai lif.
Dalam ni sempit je.
Menghadap kaunter. 
Mama, Ajik (baju merah), Abe (baju biru) & Acu.
8.00pg:
     Aku datang ngan anak-anak & Acu. No giliran kitorang 1064-1068. Ramai betul orang kat sini. Seb baik ada seat. Tapi, budak-budak ni bukan nak duduk pun. Tergeliat sana-sini. Macam-macam perangai depa buat. And, yang paling mama marah....ermmmm..," Please don't step on my shoes, ok!" Hehe..nampak tak tengah marah ni. Hehe.

10.00pg:
     Around 2 hours later sampailah turn kitorang. Aku mintak depa urus at same counter. Ye lahh..nanti si tecik 2 olang (pelat si Ajik) ni sape nak urus, kan? Ritu memang kitorang dah ambil gambar kat photo shop luar - 4 keping RM8. Tapi, sebab aku ambil waktu tu jugak maka bayaran nya adalah RM10. Aku jenis malas nak tunggu, semua nak siap cepat. Bad luck untuk aku, those photos are not accepted. Kene ambil gambar kat Imegresen ni. And because aku pakai tudung warna cerah, aku kena lah sarung tudung awning blue black yang depa sediakan. Si Abe ni suka sangat buat hal - dok merengek mintak snap gambar dia. Tak pasal-pasal kene marah ngan staff ni karang. Orang tu nak buat keje pun terganggu. Lepas tu, sampailah turn dia ambik gambar. Tapi, tak puas hati jugak - still nak soh amek gambar dia lagi. Ermmm..
     Anak-anak alhamdulillah takde apa problem. Aku je - sebab IC aku tak tukar2 lagi dari mula-mula buat dulu. Haha. Selama ni takde masalah so aku buat dono je lah:) Korang tau ke macamana dia boleh detect IC tu pernah tukar atau tak? Aku taktau lah apa beza IC lama & yang nak kene tukar baru ni. *Tengah garu-garu kepala yang tak gatal.* "Puan, boleh tukar IC ni kat bawah (Level 1, same building)." Ayah aku baru buat IC kat sini few days ago - dalam sejam setengah ke 2jam dah boleh collect IC tu. IC baru ni aku perlukan masa nak collect passport. Kalau belum dapat IC pun, resit yang aku dapat tu pun boleh guna untuk collect passport.
Resit passport.
Bayaran untuk tempoh 2 tahun:
Dewasa - RM100.
Kanak-kanak - RM80.
Contoh passport Acu - Kulit buku & muka depan.
Yang kene gunting tu buku passport ayah yang lama.
12.45tgh/hari:
      Around waktu ni nama aku kena panggil kat kaunter 3. Aku nampak ada 4 kaunter buka. Ada banyak lagi kaunter yang kosong - maybe bukak on weekdays. Ok, aku kene keluarkan IC lama & verify thumbprints dua2 belah tangan. Lepas tu fill-up borang tukar alamat. Ambik gambar. Bayar RM10. Dapat resit & balik dulu. Esok datang balik dengan anak-anak untuk collect IC mama & collect buku passport - need to bring IC mama & surat beranak anak-anak. Then kene turunkan cop jari masing-masing.
Di JPN - Jabatan Pendaftaran Negara.
Resit - Gantian kad pengenalan.
Bayaran dikenakan - RM10.
Sadakallahhula'zim.

Thursday, October 30, 2014

Kompleks Sukan tepian gelanggang, Paroi.

 Ahad, 26/10/14.

   Satu lagi lokasi riadah yang popular bagi penduduk Seremban ialah di Tepian Gelanggang, Paroi. Kawasan ni terletak di jalan Kuala Pilah-Seremban. Memang nampak dari jalan besar. Ia selamat sebab sekelilingnya berpagar.
     Pengunjung terdiri dari pelbagai peringkat umur, dari budak baru berjalan sampai elderly. Perempuan & lelaki bebas beriadah kat kawasan terbuka ni. Mostly adalah Malays. Yang aku nampak, Chinese & Indians suka pergi SINI ~ Lake Garden, Seremban.
Aku & asben tak suka sangat datang sini sebab not safe for kids.
     Antara aktiviti di TGP ni adalah jogging, bermain bola sepak, main skate board, futsal, & playground yang sederhana besar jugaklah untuk anak-anak. Dalam dewan pulak ada training taekwando untuk schoolchildren. Dibuka dari awal pagi sampai malam. Kalau malam penuh pokok lampu2 yang colorful tu. Siap pasang spotlight lagi. Memang 'happening' lah kalau korang datang sini.
Abe yang selalunya takut2 ni berani pulak panjat gelongsor 2 tingkat tu. Ajik yang berani ni entah kenapa pulak tak nak lalu kat besi yang lubang-lubang tu. Iri pulak first time aku biarkan dia main sini - tak sangka pulak dia berani mengalahkan Ajik.

Adam Hadif 'exam' lagi.

     Dulu masa abe pekse setengah tahun, mama jugak yang 'kecut'. Ni tengah peksa akhir tahun mama masih rasa yang sama. Walhal anak mama baru je 5 tahun. Bukan nak UPSR ke..PMR ke..SPM ke..(3hb Nov dah start SPM tau). Refer SINI ~ Adam Hadif sits for exam. Owh really?

     Kenapa aku nak kecut perut, risau, cuak? Mungkin sebab mengharapkan anak aku dapat buat yang terbaik, sedangkan macam kind of impossible sebab aku sangat jarang luangkan masa untuk ajar dia. Kecuali last minute macam ni baru nak ajar semua. Macam revision jugaklah. Aku tak pernah 'push' dia soh dapat top 3 sebab tadika (PASTI) je pun,kaannn.. Dulu pun aku tak ajar, alhamdulillah dia dapat no.6 dari 30 orang & secara keseluruhan no.15 dari 60 orang (untuk 5 tahun ada 2 kelas). Tapi, dalam hati aku tetap nak anak aku sama atau lebih baik dari aku.
     Dulu masa aku Tadika KEMAS - dapat no.1 secara keseluruhan. And, masa penyampaian hadiah aku bolot semua. Tak sape ajar aku. Ayah aku belajar takat LCE, mak pulak darjah 6. Mak kata, "Mak pandai dulu tau. Tapi, berenti belajar sebab kami orang susah." Mak sambung lagi, " Ayah kau dulu pun masa sekolah omputeh dia nak sambung belajar tapi Atuk x bagi & suruh tolong kerja jual ayam kat pasar. " Sedih aku dengar cerita mak. That's why aku belajar sungguh-sungguh untuk realisasikan impian mak & ayah aku yang tak tercapai :). Tapi, tu lah..anak pun aku nak jadi sama macam perangai aku.
     Entri ni bukan nak berlagak setakat no.1 tadika je pun. Hehe. Tapi, aku nak budak-budak sekolah ni tau, jangan nak salahkan parents kalau depa x ajar korang. Depa pun belajar takat mana? Kalau yang educated sekali pun, banyak masa di luar sebab bekerja. Nak cari duit untuk sape? Korang jugak, kan? Asben pernah cerita anak Kol (sebutan askar -> Kenel. Jangan salah sebut tau:) dia semua pass with flying colors tau. Cth: SPM 10A walaupun dia asben wife busy. Anak-anak dia faham. Harap anak2 aku pun faham kenapa aku kena kerja & tinggalkan depa sepanjang hari.

Sunday, October 26, 2014

Simple breakfast.

     Tak ada ape kat rumah. Then, tak suka keluar rumah pagi2 untuk beli barang. Selalunya kalau nak masak breakfast /lunch, aku prefer beli bahan mentah day before.
     Disebabkan hanya roti yang kat rumah, & Abe pulak suka makan roti telur, so aku pun buatlah roti telur bersalut serdak roti ni. Ajik & Iri x banyak kerenah kalau tang makan. 2 beradik ni sental apa saja. Abe je yang 'memilih'. Bukan main suka dia bila aku buat ni. Siap kol Tok die kat Perak btau roti telur yang mama masak lagi sedap dari Tok.
Roti yang dipotong ->celup telur->gaul serdak roti.
* Nampak tak roti terhangit hitam tu? Hehe..
Hasil gorengan.
     Resipi ni aku dapat dari blogger jugak. Tapi aku lupa siapa sebab ramai sangat bloggers yang rajin & pandai masak.

* Nak tanya, serdak/ serbuk roti tu ada jual ke? Aku nak cepat so xsempat nak tanye sape - terus je aku letak dalam kuali biar garing & lepas tu aku pakai blender kering.

     Ni sedap kalau cicah mayo ni. Tak kesahlah apa2 jenis mayo. 

Saturday, October 25, 2014

Waah..waah..waahhh.

     Salam hujung minggu semua. Apa yang waah..waah..waahhh tu awal pagi ni. 'Waah' that I mentioned is not related with 'wow' or any astonishing condition. It's actually rengekan Iri mencari Tok dia. Iri ni akan bangun banyak kali setiap malam (dari malam ke pagi). Mata tutup, tapi mulut, "Waah..nak nennenn..nak nennenn." Cucu Tok lah kata kan. So, nak susu pun cari Tok untuk buatkan. Setiap kali buat susu tak kurang 7oz ; 3-4 times throughout the night. Mama pulak kengkadang tido mati. Telinga memang sayup-sayup lah bunyi dia merengek tapi otak tak instruct eye to open. Gitu lah gamaknye mama pun rasa macam dalam mimpi je.
     Tadi 3pg mak (Tok Iri le tu :) kejut cakap dah nak bertolak balik kampung dah - Bukit Merah Laketown, Perak. Sepupu aku nak kawen (anak Pak Tih). Memula aku nak ikut. Tapi, memandangkan husband kan injured & initially cuti aku tak lepas (Semalam baru cuti aku diluluskan. Tapi, dengan syarat aku kene balik klinik jika dipanggil - in case ada yang EL. Harap takde lah yang EL :( Okey, lepas mak ayah dah bertolak, aku sambung tido.
     Pukul 5pg aku terjaga semula bila Iri merengek nangis cari 'Wah'. Dia pelik kenapa Wah tak datang2 pujuk dia. Taktau Wah dah balik kampung. Ermmm..dia panggil Tok & Tok Wan dia Wah. Then, panggil aku & papa dia -> pap-pa. Puas ngajar. Ni first time budak gumuk ni 'sedar' being left by Tok dia. Bukan tak pernah tinggal, tapi time baby memang lah taktau pape. Sekarang dah grown up lah katekan. Hehe..
Iri tido semula selepas berjaya 'dipujuk' oleg mama.
Susu.nya pun dah tinggal 1 oz.kott
(dari 7 1/2 oz).

Thursday, October 23, 2014

Iri has 'grown up'.

Recent photos - Iri @ 1y 5m old.
     Iri, anak bongsu aku. Ehhh..gempak je cerita cenggitu cam ramai anak pulak. 3 orang jer pun:) And tak wish nak 'add-on'. (Walaupun jelles tahap gaban bila dengar orang lain preggy. Owhhhh...no..no..no..hokey). Sekarang dia dah 1 year 5 months old. Dah makin 'baik'. Takdelah meragam teruk2 macam dulu. Dah 'makan pujuk' jugaklah.
     Iri dah 'besa' ke? Ye kottt. Kenapa aku kata Iri dah besa?
1. Dulu - bila botol susu tergolek jatuh atas lantai memang die 'tak alert' langsung.
Sekarang - pantang jatuh...immediately dia akan response ambik botol die tu n tegakkan balik.
2. Dulu - lepas minum susu dia akan campak botol susu dia or biar je botol tu tergolek sana-sini.
Sekarang - dia dah pandai letak botol yang kosong tu atas meja makan. Maybe sebab dengar aku selalu suruh abang2 dia buat camtu.
3. Dulu - kalau menangis memang x makan pujuk. Ko peluk ke, cium ke memang dia tetap melolong.
Sekarang - kalau dia nangis kat depan & aku panggil dia dari dapur, dia mesti akan datang pada aku. Tapi, tau ape aku kene buat? Kene pegang tangan dia mana2 aku pergi.. Aku masak ke..aku basuh pinggan ke..aku nak bukak peti ais ke.. Kalau aku terpaksa lepaskan tangan dia....ermmm mulalah nangis balik.
     Tapi, dia tak macam dulu dah. Makin senang dijaga :)
Iri @ 1y & 2m old.
Iri @ 1y & 4m old. 
** Korang, tolong doakan aku jadi a good mommy for my kiddos tau:) Love you.. & good nite..Zzzzzzzz...

Sunday, October 19, 2014

Patah sayap bertongkat dagu.

     12am:
     Selesai mengangkat 3 hero ni ke tingkat atas. Mencungap jugak lah. Masing-masing bukan 'halus' lagi. Yang paling kecik tu pun dah debab. Inilah kisah setiap hujung minggu. Hari biasa aku tido umah mak je..depan tv sebab xde bilik khas.
Ajik tido tak mandi.
Cepat pulak dia tido - sejurus selepas makan malam
(makan awal rini..).
* Petang tadi keluar beli barang rumah & barang anak yang dah habis.
     Suami pulak diarahkan untuk PNWB with crutches (partial non-weight bearing) sebab tulang betis dia kan patah. Ermmm..takpe lah, lagipun aku dah biasa angkat anak-anak ke atas sebab asben aku sebelum ni pun jarang balik rumah (dok kat Wardieburn Camp, Setapak). Jadi, aku dah terbiasa jugak lah. Alhamdulillah Allah beri kekuatan. Orang lain lagi lah....

Thursday, October 9, 2014

Hari Sukaneka Tahunan PASTI 2014.

Ahad, 28/9/2014.
Padang Awam Taman Desa Rhu, Seremban.
** Gambar backdated jugak:)
K. Inda & family
- Faiq anak kakak sepupu aku ni pun PASTI (area Nilai),
so depa datang sini untuk Sukaneka tahun ni.
Tahun depan maybe kat lain pulak.
     Abe masuk perbarisan tapi x sempat masuk baris pun. 3 hero aku ni bangun memang awal dah. Tapi, nak menyiapkan depa... Mashaallah. Lepas siapkan depa, aku pulak nak bersiap tapi kelam-kabut betul jadinya. Kejap sorang datang report yang sorang buat & begitulah sebaliknya. Lepas tu dengar sorang mencerit-cerit (dialek utara kot ni..aku kan campuran negeri..). Lepas tu yang sorang pulak melolong sebab kena ketuk kepala dengan heels mama sampai benjol besar.
     Dah keluar rumah, cari padang pulak tak jumpa. Lenkali kena mintak map dari cikgu. GPS pun time tu buat hal.
Menahan silau matahari yang
kian memancar.
1. Mama & 3 heroes.
2. Ajik - pantang nampak air sejuk.
3. Kat khemah - mengadap tapak sukaneka.
4. Berlari kat lereng bukit 2 orang ni.
5. Papa - sukar mengawal si kecik ni (Iri).


Tuesday, October 7, 2014

K-A ka ape, mama?

     14 November 2014 ni genap 5 tahun umo Abe. Dia ni dah pandai mandi sendiri sejak umo dekat2 nak masuk 4 tahun. Tapi, kadang2 tu merengek nak mama mandikan. Memandangkan pagi ni nak Mandi Sunat Hari Raya, so mama mandikan lah. Lepas tu ajar dia baca doa Bahasa Melayu.

Dialog dalam bilik air :
Abe: Mama, K-A ka tu ape?
Mama: K-A ka tu...ka.. lah.
Abe: K-A ka tu ka-yu, ka-til. Apa lagi mama?
Mama: ka-sut.
Abe: ka-pal, ka-lut.
Mama: Aaaaa...ka-lut?
Lepas tu sama-sama gelak....

* Mama kalau geram slalu jugak cakap, "Abe ni kalutlah." Ermmm..budak-budak memang cepat mengikut. So, nak plaster mulut mama ke anak mama? Hehe..

Monday, October 6, 2014

Nak masuk syurga.

     Semalam aku ajar abe hafazan. Banyak betul surah die kene baca together with tafsir. Tapi, bila tunjuk back page aku tengok cikgu tanda most surah kat KF - kurang fasih. Salah aku sebab jarang ajar dia baca Quran. Alhamdulillah semalam diberi kelapangan oleh Allah. Si Ajik siap cakap, "Mama, Ajik taknak baca Ko-an (Quran)."

Mama: Okey, kalau Ajik taknak baca pun..Ajik duk diam2 dengar. Nanti Ajik dapat banyak pahala boleh masuk syurga.
Abe: Kat syurga ada apa, mama?
Mama: Ada macam-macam.
Abe: Ada apa mama?

How do i put into words so that my sayang ni boleh paham ea? The first words yang singgah kat kepala aku - bidadari.

Mama: Kat syurga ada banyak bidadari. Bidadari tu cantik tau. Kita mintak apa je nanti bidadari tu bawakkan.
Abe: Lagi ada apa dalam syurga, Mama?
Dia tanya soklan ni berulangkali sampai mama tak dapat nak jawab lagi. Terharu. Speechless. Betapa Mama tak sangka Allah gerakkan hati anak Mama untuk tanya those questions.

Antara jawapan mama lagi:-
Dalam syurga ada macam-macam, kita mintak je. Semua makanan sedap2,  minuman sedap2, baju cantik2. Ada pohon buah-buahan.. kalau kita nak buah tu, kita petik je. Ada air sungai yang mengalir.. kita boleh minum airnya- takyah masak tau. Kita tak payah kerja, cuma rehat je. Bla..bla..bla..

Abe: Abe nak masuk syurgalah, Mama.
Mama: Okey, Abe kene dengar cakap mama..cakap Tok. Tak boleh gaduh-gaduh dengan adik, tak boleh menjerit (dia ni kalau marah, suka menjerit). Kalau buat baik, Allah sayang. Lepas tu baru boleh masuk syurga. Nanti kita masuk syurga sama-sama ye.

Saturday, September 27, 2014

Paparazzi.

Ni rupenye kerja anak mama, si Abe. Owhhh...suruh mama buat susu, tapi dia candid gambar mama dalam diam.
* Budak kecik ni kalau korang nak tau, banyak tuahnye. Salah 1 cth - nak minum susu kene ikut botol yang dia pilih, kalau tak merungut x renti. Ek eleh..nak minum susu ke nak makan botol? Hahaha..
Sessi membuat susu Abe sejurus lepas balik dari kerja.
 Please spot the difference between these 2 pics. Hehe..saje melawak.

Monday, September 15, 2014

Wadihana Foody's Food Galore ~ Bangi Gateway.

Ahad, 14/9/14.
6.30pm
At last papa dapat balik rumah. Kami setia menunggu dengan perut yang berkeroncong lagu 'irama Malaysia'.
Iri dah 6 hari x makan...
setakat bagi sesuap makanan, semuanya tetap
akan termuntah balik.
Budak tecik 2 orang yang x reti dok diam.
Kat belakang - kaunter.
Staff - berT-shirt hitam. 
Actually nak tunjuk hiasan kedai..
Bukan pakcik army yang seyes ni.
Kat luar - terdapat deretan meja jugak.
(Segan nak snap).
Address kedai:
No. B-12-G, Bangi Gateway Shopping Complex,
Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kiri - Watermelon juice RM5.90
Kanan - Chocolate milkshake RM7.90

Atas - Turkey Sandwich RM17.90
Bawah - Double expresso RM5.90
- saiz cawan sangatlah 'comelzz'.
Yang takde dalam gambar:-
- Spaghetti (Arrabbiata kot nama die) RM19.90
- Grilled chicken chop RM18.90
     Kalau tanya aku, memang aku puas hati lah dengan food + service dia ~> sedap & cepat. Kalau dia nampak plate ko dah 'selesai', dia akan cepat datang amek. Senang hati aku sebab meja cepat clear. Perasaan mak-mak ni kan..takut je pinggan tu terpelanting or berkecai dek anak-anak yang 'ligat semacam' ni. Korang dah ada anak nanti korang tau lah. Fenin makcik.

* Oklah, ni last entri untuk malam ni (Dah pagi ponn..). Banyak qada sebab 24jam wifi aku tak function. Grr..geram sebab x dapat blogwalking. 
* Ermmm..aku x tido ni pun sebab jaga sayang Iri aku ni - asik terjaga je sebab badan sekejap dah panas balik plus hidung dia tersumbat.

Moist chocolate cake.

     Petang semalam saje bawak anak-anak round pekan. Duduk dalam kete je. Tak keluar pun. Saje bawak depa lalu kat 1 roundabout ni sebab ada fountain situ. Abe suka tengok air pancut tu. Heboh dia, "Mama, air patut..air patut!" Ajik tu pelat. Hampir semua perkataan dia orang lain tak faham. Tok dia pun tak faham. Haha. Ada sesape yang facing same problem cam aku ke? Meh lah share. Aku dalam dilema lagi samada nak refer speech therapist (saranan Pediatrician.)
     Penat pusing-pusing, kitorang pun baliklah. Tapi, sempat menyinggah kat Petronas sebab banyak dapat order. "Mama, Abe nak air kotak coklat. " "Mama, Ati (Ajik) nak air toya (soya)." Kat dalan Kedai Mesra tu pulak nampak kek ni. Walaupun harga dah naik seringgit tapi Mama tetap beli sebab kami 4 beranak ni 'hantu kek'.
Siap ada wrapping special.
That's why kot harganya mahal compare biasa.
Selalu kat mana-mana pun aku beli just RM5
(rasa & packaging standard).
Rupa di dalam.
* Rasenye tak perlu buat wrapping kat luar tu kott sebab aku nak makan kek dia je bukan nak makan kertas tu. Haha..ayat nak makan penampau.

Sekian lama tak balik rumah..

Sabtu, 13/9/14.  
     Anak-anak dah bising, "Mama, kenapa kita tak balik-balik rumah kita?" "Sabarlah, sayang. Bahaya lah balik rumah. Papa kan takde." "Hari tu papa takde pun mama balik je rumah. Kenapa ni papa takde mama tak balik rumah?" Alah si Abe ni, banyak sangat soalan dia. Kalau dilayan makin menjadi. Dia taktau yang mama dia ni bukan setiap masa berani pun. Terkadang rasa takut tu tetap menyelubungi diri. Tambahan pulak Iri masih tak sihat ~ Day 5 fever. Darah pun dah check. Ada cerita kat entri ni ~ Iri oh Iri - Viral fever lagi.
Baju asik kene muntah je.
* Memanjang tido je.
Kalau sedar pun just duduk. Tapi duduk pun tak stable. 
Antara kisah si bongsu ni:-

Ni pulak gelagat abang2. Alhamdulillah Ajik walaupun demam tapi kekal aktif. 
Sampai sakit mata baru nak stop main game.
Yang sorang ni entah hape dia tekan.
Selalu pun aku tengok dia pegang tab upside-down.
Refer entri ni juga ye ~ Winds - tablet China Abe.
Walau apepun, tetap happy tengok gelagat anak-anak yang sedang membesar ~ I love it most when..

Saturday, September 13, 2014

Winds - tablet China Abe.

     Aku sebenarnye malas nak ajar anak asik main game je kat phone or tablet. Tapi, kesian pulak bila jumpa cuzin2 dia depa kedekut nak bagi pinjam. So, aku belilah yang China. Around RM170 je..free cover. Sayang nak beli mahal2 sebab anak-anak aku ni 'ganas' jugak le. Almaklumlah anak jate. Then, anak army pulak tu. Marah sikit je..habis terbang melayang barang kat tangan. Lagi satu, macam-macam penyakit boleh dapat, antaranya:-
- Jari-jemari kebas.
- Migrain.
- Rabun.
- Bongkok, dsb.
Adik-adik sebagai pemerhati abang
(dikiri & kanan).
* Cth yang x baik - main game sampai takmo mandi.
And, perhatikan POSTURE DUDUK Abe tu!
Iri dah bosan - terus bangun.
Agaknye dia pikir buatpe tunggu bukannya Abe bagi pinjam pun.
(pepandai je mama dia kan?)
      Tablet China yang first dulu pecah skrin sebab kene hempas. Yang second ni takde jatuh ape pun tapi tak sampai sebulan pakai asik hang je pulak. Tak lame tu, batt pulak kong. Kalau nak main, terpaksa smbil charging. Kesian pulak aku tengok. So, terpaksalah aku grab 2 Lenovo A7-30.ni kat dorang. Adik Iri lenkali tau sebab awak tecik lagi.

Friday, September 12, 2014

Iri oh Iri - Viral fever lagi.

     Kalau ikut, malam ni dah malam ke-4 Iri demam. Panas betul - 39C. Siap pakej dengan muntah-muntah non-stop. Sampai takmo makan. Takde selera agaknya. Badan yang tengah membesar dah mula susut balik. Baru je timbang 10.7kg last week (1 year 3 month +). Sekarang taktau lah dah berapa turunnya. Jalan pun terhuyung-hayang. Nampak sangat takde energy.
     Aku pun tak faham napelah asik demam sedangkan makan ok je. Tiap hari makan bubur letak sayur+lauk. Takde masalah malnourished pun. Kalau ikutkan, budak malnourished yang hadapi masalah low immunity ni. Tapi Iri tak malnourished pun. Ermmmm..
Baru sampai rumah.
Tadi bawa Iri pi klinik ambik darah ~ check FBC.
Nasib baik Viral fever je.
Sedap Iri tidur dalam kete.
Dah sampai rumah pun ni..tapi, mama biar je dia tido.
Tak sampai hati nak kejut.
Dah bertukar posisi.
Refer entri ni juga ~ Sume anakku mendemam.