Wednesday, December 30, 2015

Bartholin cyst.

Terima kasih atas pertanyaan dari reader :)

Di manakah letaknya Bartholin's gland (Kelenjar Bartholin's) ?
- Bartholin's gland terletak di bawah kulit bahagian sulit wanita, di kiri & kanan bukaan faraj.

Apakah fungsi Bartholin's gland ini?
- Ia merembeskan cecair pelincir ke dalam faraj. 

Bagaimana Bartholin's Cyst terjadi?
- Kadangkala bahagian bukaan kelenjar ini boleh tersumbat (obstructed) menyebabkan 'backflow' cecair pelincir yang ia rembeskan itu. Jadi, ini membentuk 1 keadaan yang dipanggil 'cyst'.

Bagaimana cara merawat Bartholin's Cyst?
- Ada beberapa cara rawatan (mengikut keperluan) seperti :
  Sitz bath
  Surgical drainage
  Antibiotik
  Marsupilization

Untuk menjawab soalan reader:
Bolehkah Bartholin's Cyst ini berulang?
Ya, boleh. Kerana yang dibuang semasa minor op (surgical drainage) tu ialah 'fluid'/ cecair dari kelenjar tersebut. Kelenjar tidak perlu dibuang - maka cyst boleh berulang.

Related topic:

12 comments:

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~