Wednesday, September 23, 2015

Penyakit fizikal / mental.

Makin hari, makin ramai pesakit yang didiagnos mengalami/menghidap:

- TB (Tuberkulosis)
- HIV
- Kegelisahan
- Kemurungan

Penyakit TB & HIV as u olzzz know adalah penyakit berjangkit. Ape yang aku nampak, TB ni semakin meningkat ekoran lambakan pekerja asing kat Malaysia ni. Peningkatan HIV pula adalah secara tularan seksual berbanding penagihan dadah secara suntikan. And surprisingly,  tularan secara homoseksual (hubungan sejenis) adalah tinggi berbanding heterosexual.

Kegelisahan & Kemurungan pula dikaitkan dengan penyakit/masalah mental. Korang rase kenapa?  Bagi aku, ini ada kaitan dengan tekanan hidup dalam zaman yang serba mencabar ni. Most cases yang aku jumpa disebabkan tekanan di tempat kerja. Terlalu banyak program /projek nak kene handle, kene patuhi banyak SOP...banyak audit. What to do...nak hidup perlukan duit. And nak duit kene kerja.

Take care ye u olzzz & jaga-jaga.