Friday, May 8, 2015

Harm reduction programme #1 - NSEP.

HIV merupakan penyakit yang ditakuti oleh setiap orang. Betul tak? Refer SINI untuk cara penularan HIV.

HIV ni perlu ditangani segera. Kalau tak, makin ramai pulak nanti penghidap HIV kat dunia ni umumnya & Malaysia khususnya. Ubat-ubatan HIV pun bukanlah murah & ada side-effects tertentu.

Jadi, salah 1 inisiatif kerajaan (MOH) dengan kerjasama Malaysian AIDS Council adalah dengan mewujudkan NSEP & MMT.

NSEP
- Needle Syringe Exchange Programme.
- Merupakan pendekatan untuk pengurangan risiko HIV & penyakit berjangkit yang lain di kalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan (IDU - Injecting drug user).
- Pemberian NSEP kits -> mengandungi jarum & picagari yang steril.

- Antara lain-lain aktiviti NSEP di Malaysia:

* ' Safe disposal ' untuk peralatan suntikan yang telah digunakan.
* ' Reaching out ' & memberi pendidikan berkaitan HIV/AIDS & isu kesihatan yang berkaitan kepada PWID (people who inject drugs).
* Menyediakan PWID dengan tempat rujukan, rehabilitasi, agensi kesihatan & agensi kebajikan.
* Memberi pendidikan tentang kaedah seks selamat + pemberian kondom.

TAKE HOME MESSAGE:
- Program NSEP ni bukanlah untuk menggalakkan penyalahgunaan dadah.
* Kajian yang dibuat menunjukkan tiada bukti yang NSEP menyumbsng kepada pertambahan bilangan penagih dadah di Malaysia.
* Yang sebenarnya NSEP telah mengurangkan kadar pengguna dadah jenis jarum suntikan kerana wujudnya perkhidmatan rujukan untuk mereka.
- Semua sedia maklum bahawa golongan penagih dadah adalah sukar didekati, maka alhamdulillah program seumpama ini telah merapatkan jurang antara pihak kesihatan dengan mereka dalam mendapatkan bantuan sepatutnya.

Sumber rujukan - www.mac.org.my

Related topics:
- Kajian pengetahuan HIV / AIDS
Stigma.
- Saya memang dah tahu.

14 comments:

  1. Bila baca ayat ni:

    Pemberian NSEP kits -> mengandungi jarum & picagari yang steril.

    Mulanya ingat macam nak support penagih dadah.

    Tapi lepas baca sampai habis, baru faham. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Macammana kita nak determine siapa yg layak utk NSEP ni, Shikin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Client kene volunteer datang klinik kesihatan kerajaan yang terlibat.
      Then, doktor & MA tu akan pastikan samada dia betul-betul IDU baru bagi kit ni.
      Nama akan didaftar terlebih dahulu.

      Delete
  3. Nak hilangkan ketagihan ni kena ada azam dlm diri sendiri kan..keluar masuk pusat banyak kali pun tak jadi apa..dlm pusat tu macam2 yg dorang ajar.. mesti pasal ni pun ada kan...

    ReplyDelete
  4. mcm mn pulak penagih yg x menggunakan jarum suntikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program NSEP ni bertujuan nak kurangkan penularan HIV di kalangan IDU.
      Kalau bukan IDU, takkan kene HIV :)

      Delete
  5. At least program sebegini sedikit sebanyak.dapat membantu untuk menjalani hidup seharian... cuma jangan malu untuk dapatkan bantuan , nak pulih ambik masa, dan kena cekal... mereka pun masih punya kehidupan :)
    Good luck doctor...
    Semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  6. Banyak ka drug addict ikut program ini Dr Shikin

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah semoga program ni terus sucess

    ReplyDelete
  8. Moga program ni berjaya... Perlukan kerjasama dua pihak dalam hal ni

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~