Saturday, October 11, 2014

Kawasan Rekreasi Jeram Toi ditutup sementara.

9/10/2014.  
     Kawasan Rekreasi Jeram Toi, Jelebu, N.Sembilan ditutup sementara kerana suspected ada kemungkinan penyebab jangkitan kuman Leptospirosis. Ini berikutan 4 orang pesakit yang berumur antara 15-18 tahun yang disahkan positive Leptospirosis (being admitted at HTJS) telah pergi mandi-manda di sana. 
Bagi yang nak tau lebih lanjut tentang penyakit ni boleh refer sini ~ Leptospirosis - penyakit kencing tikus.

** Macamana lah tikus tak datang & membiak kat tempat-tempat rekreasi ni...dah rakyat Malaysia ni ramai yang takde kesedaran sivik... PENGOTOR... Suka buang sampah merata alam - sisa makanan, pampers terpakai, dll. Apa salahnya buang elok2 dalam plastik. 

15 comments:

  1. A ah kan...cemane takde tikus kalau asyik buang sampah merata2!

    ReplyDelete
  2. Skrg nie takut la nak Mandi Manda kt kawasan air terjun..
    Mungkin nie ujian DRI Allah

    ReplyDelete
  3. Yup betul tu shikin.. tu yang tikus suka berkeliaran kat tempat macam tu kan.. moga pesakit tersebut cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. kan..sendiri pengotor lepas tu salahkan pihak pengurusan, majlis perbandaran, alam flora...

    ReplyDelete
  5. mmg bahaya penyakit kencing tikus ni...elok lah tu dorang tutup

    ReplyDelete
  6. memang skarang ni mak tak kasi nak mandi mandi sungai bagai. laut ke sama je.. tapi betul tu kak.. kalau kat tempat rekreasi pun diorang buang sampah gitu ajeee tak fikir baik buruk.

    ReplyDelete
  7. kALAU DAH SAMPAH SANA SINI RAMAI LER TIKUS DUK KAT SITUU ............

    ReplyDelete
  8. pOKOK PANGKALNYA KITA SENDIRI YG PATUT JAGA KEBERSIHAN ALAM ..

    ReplyDelete
  9. Makin banyak tempat rekreasi yang ditutup kerana penularan penyakit nie...

    ReplyDelete
  10. ummm rissau juga.hal ini masih ada lagi

    ReplyDelete
  11. masha ALLAH, takutnya.. empat orang kira banyak juga tu.... adui, lepas ni, orang takut nak ke sana dah. hmm

    ReplyDelete
  12. sejak dah pemes pasal kencing tikus tu, tak jejak dah kat jeram2... takutlah, moga dijauhkanlah...

    ReplyDelete
  13. Setuju. Ramai tak reti jaga kebersihan tempat rekreasi. Sesuka hati buang sampah bekas makanan dan sebagainya

    ReplyDelete
  14. Bila semua kena jangkitan kencing tikus kita juga yang rugi tak dapat beriadah

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~