Saturday, August 30, 2014

1st time share Ranking Alexa.

     Aku slalu terbaca pasal bloggers lain suka post ranking Alexa ni. So far, among yang sangat top aku jumpa ialah blog Maria Firdz & Mia Liana. Kagum betul ngan dorang. Aku ni walau baru bertatih ada gak terpikir, "Kalaulah aku top cam dorang..."
     Tapi, bila keep on thinking what is actually the purpose of creating this blog - iaitu untuk BERBISNES...macam tak sampai lagi kot maksud tu. Bukan glamour yang kukejar, tapi misi yang satu. But then, since masa yang sangat terhad.. ditambah dengan nak amek stok kat KL pulak tu (macamlah aku biasa drive area KL - memang hampehlah..) misi aku semakin kelam. Tapi, aku belum give up okay. Itukan cita-cita aku.
     Bawah ni ranking aku yang ....hahaha. Nak post jugak tu..Ngade2 lah katekan..
Klik image.

Nak lari!

     Hoh, mana nak pergi satu beg besar ni? Nak bawak diri? Aik, lain macam bunyinye... Ye lah, dah boring dok rumah sekarang. Kalau dapat pi tempat yang relaxing sikit kan best. Hehe..saje buat gempak. Belum bersedia lagi nak lari. Mungkin masa tu akan tiba 1 hari nanti.
     Confuse ea? Haha, takyah pikirlah. Aku memang perangai tak berapa nak betoi - IMPULSIVE. Tau ke apekebende alah 'impulsive' ni. Lebih kurang macam ni - doing something all in a sudden & without careful thought. Tetiba je gitu. Tapi, masa kerja idak ler gitu.

1 luggage besar - half ready.
     Well, actually ni aku & makayah .. adik-beradik nak gi Perak dalam kol 9pagi ni. Adik sepupu aku kawin. So, taktaulah dapat blog ke tak. Harap dapat lah. Sebab aku akan rindu sangat kat blog even baru sehari tak bukak. Okey lah..nanti kita cite pasal majlis kawin tu ye..Bye bye..
* Selamat tido *
ZZZZzzzzzzzzzzzz...

AEON, Seremban 2 - Part1.

     Kat Seremban ni kalau nak kate tempat shopping yang mantop sket ialah kat S2. Tapi, ni just pendapat peribadi aku je. Palm Mall aku xsure sangat sebab aku baru pergi sekali je ritu & that time I found that banyak shop lots yang kosong lagi. Then, Giant dia pun tak berapa besar.
     Ni Rabu malam yang lepas (kelmarin). Mase balik kerja tu aku tak plan pun nak kluar. And, biasanya pun memang jarang sangatlah aku keluar. Tapi, tiba-tiba lepas Maghrib aku terus ajak anak kluar, "Jom kita kluar." "Mama..mama.., mama nak pergi mana ni?" "Mama tak sure lagi. Kita tengok dulu ye." Aku ni jenis tak suka buat anak mengharap, tak suka tabur janji kalau rasa tak mampu nak tunaikan, and aku boleh suddenly tukar plan kalau 'angin' aku tak berapa baik. That's why aku akan elakkan dari btau anak destinasi kitorang. Mane tau tengah2 jalan banyak kete & tukar mood aku.
     Alhamdulillah, everything went smoothly. So sampailah kat sini. Macam biasa, yang berdua ni bukan main seronok. Macam tahanan baru lepas penjara (ehh ..teruk pulak perumpamaan aku. Ada bahasa yang indah sikit tak?)
" Mama, tengok! Cantiknya bola-bola yang warna/I tu."
[ Erkkk..bola ke?]
"Bukan bola lah. Tu tanglung."
     Sambil berjalan tu mata aku melilau sana/i cari barang apa aku nak beli. List dah tulis tapi hilang entah ke mana. At last, beli slipper comel ni kat 2 orang ni. RM19.90 sepasang.
"Abe, meh try slipper mama taktau Abe saiz ape."
Aku tak plan nak belikan untuk Haziq sebab sandal dia ok lagi.
Rupanya, si lantih ni dah capai sepasang sua kat kaki dia.
"Mama..mama, ni Ajik punya slipper."
[Btau mama sambil terkial-kial menyua slipper tu kat kaki dia yang lebar.]
"Ajik nak slipper jugak ke?"
"Nak!" [sambil angguk2 kepala dia].
At last, belilah 2 pasang. Takpe lah..beli slipper senang nak sarung kalau jalan-jalan.

Unexplained weight loss in adults.

     Ramai kan yang sedang berdiet ni? Almaklumlah sedap menjamu selera selama 1 bulan di bulan Syawal baru ni. Macam-macam juadah sumbat kat tekak kan. Macamane, turun tak berat korang? Kalau berjaya, TAHNIAH aku ucapkan. Tajuk kali ni aku nak share sikit tentang ada certain orang yang berat badannya turun tanpa sebab. Cuba baca definisi nya kat bawah ni .....
Means, berat depa turun tanpa perlu diet atau exercise.
Apakah antara sebab-sebab terjadinya penurunan berat badan ni?
Ofkoslah disebabkan oleh penyakit tertentu.

Antara yang common (biasa) adalah:-
1. Hyperthyroidism.
2. HIV.
3. Depression.
4. Diabetes.
5. Chronic Kidney Disease.
6. Malignancy (cancer).

No. 1-4 dah banyak yang aku discuss dalam entri-entri lepas.
Kalau korang tak jumpa btau ea ...
** Aku seriau ni sebab aku sendiri alami 'Unexplained weight loss' ni - Apa nak jadi dengan aku ni?

Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya.

TAMAT 30/8/2014
Klik banner untuk join.

Friday, August 29, 2014

Atherosclerosis.

     Aku ni dari hari tu memang excited nak explain tentang 'Heart Attack'. Tapi, aku perasan tak ramai yang baca entri aku tu. Syediiihhh... Aku rase aku tau nape. Sebab korang fenin dengan penerangan aku, betul tak? So, to make things more simple korang please baca tajuk ni, k. Aku harap sangat korang faham.
ATAS - Normal blood vessel (salur darah)
->allows blood to flow freely.
BAWAH - Plaque/ atheromas in the blood vessel
->restricts the flow of blood.
     Secara ringkasnya, heart attack terjadi sebab ada blockage kat salur darah yang supply oxygen & nutrient ke jantung. Nama salur darah yang terlibat tu ialah Coronary Artery - Refer tajuk ni - Myocardial Infarction.
KIRI - Normal artery (nama blood vessel).
KANAN - Artery narrowed by plaque.
(ATHEROSCLEROTIC PLAQUE)
What is Atherosclerosis?
Def :- Hardening & narrowing of the arteries.

What causes Atherosclerosis?
Refer image di bawah.
Ia bermula apabila terdapat kecederaan pada lapisan
dalam arteri (disebut sebagai endothelium).

ATAS - Normal artery.
TENGAH - Dah start ada plak.
-> Partial obstruction/block.
BAWAH - Atherosclerotic plaque already blocked completely.
Kalau tak faham please tanya tau :)
Niat aku nak increase self-awareness regarding penyakit 'Silent Killer' ni kat public. Harap membantu.

Bell's Palsy.

Salam Jumaat.
     Korang pernah tengok tak orang yang mukanya tiba-tiba herot/ senget sebelah? Macam pic kat bawah ni. Aku dah jumpa banyak kali patient macam ni. Alhamdulillah lepas bagi ubat ada banyak improvement.
     Cuba tengok betul-betul both pic below. Korang rasa, which side yang affected? Left or right?

Jawapan :-
KIRI - Left side face affected.
KANAN -  Right side face affected.
Haaa ...betul tak jawapan korang ?
Apa sebenarnya punca penyakit ni?
Ia disebabkan oleh facial nerve paralysis.
Lihat bawah.

Facial nerve ni supply bahagian otot-otot kat muka.

So, apa yang terjadi apabila nerve ni paralyse ialah:-
1. Tak dapat kerut dahi -> akan kelihatan licin sebelah.
2. Tak dapat tutup mata/ kalau dapat pun tetap tak rapat.
3. Loss of nasolabial fold.
-> means bila senyum, takde garisan kat pipi.
4. Mulut senget ke bawah.
Apa yang sebabkan facial nerve ni paralyse?
Usually no known cause ->
disebut sebagai Bell's Palsy. (tapi, ada dikaitkan dengan Herpes Simplex infection (Varicella-Zoster atau EBV).


Boleh ke condition ni terjadi kat both side face?
Boleh, tapi RARE lah (less than 1percent).

Bell's Palsy ni boleh dirawat & ada chance sembuh ke?
Boleh, dengan corticosteroid (Tab. Prednisolone) - jika rawatan dimulakan awal.
Usually self-limiting (baik sendiri tanpa rawatan).
Many show signs of improvement as early as 10 days after the onset, even without treatment.

Perlu bagi anti-viral ke?
Tak perlu, kerana tak improve outcome pun.
(Means, bagi ke tak bagi ke....end result tetap sama. So, jangan bazirkan duit mintak a/viral dari private hokey).


Thursday, August 28, 2014

Myocardial infarction (MI).

     Entri ni actually nak cite tentang macam mana heart attack terjadi. Sorry kalau aku kompiuskan korang dengan entri yang lepas ~ ECG. Lagipun, ada ramai patients yang bertanya tentang heart attack ni.
Ni comment dari budak.
Sorry tau:(
1. Kenapa kalau sakit kat dada kiri or kat ulu hati doctor akan suspect heart disease?
Sebab kedudukan jantung tu sendiri
- at centre & mengarah ke kiri.
2. Asik cakap heart disease lah..heart attack lah... apekebende tu? Citelah cepat sikit..


Okey..Medical term untuk heart attack ialah MI.
MI ni terjadi bila ada bahagian tertentu jantung tak cukup blood supply.
Secara ringkasnya ........................
Blockage pada coronary artery -> no blood supply -> no oxygen to heart muscle
-> death of heart muscle -> so, heart cannot function properly. 
3. Coronary artery tu ape?

Inilah gambar coronary artery.
Seperti yang korang lihat, coronary arteries ni berselirat kat jantung
tu, kan? Branches dia yang halus-halus tu pulak akan lalu
kat celah-celah otot jantung.
Cuba korang belek jantung ayam, lebihkurang macam tu lah keadaannya.
4. Apa function coronary artery ni?
Ia adalah salur darah yang supply oxygen & nutrient ke otot jantung (myocardium).
Penerangan ni adalah ulangan.
* Sama macam kat atas.
Rujuk gambar di bawah.

Rujuk gambar di bawah.
Rujuk penerangan di atas.
Left - Right coronary artery.
Cabang RCA : 1. Posterior descending artery 2. Right marginal artery.
Right - Left coronary artery.
Cabang LCA : 1. Left circumflex artery 2. Left anterior descending a
3. Left marginal artery. 

Kalau ada block at any part of this artery, maka akan terjadilah heart attack.
** Korang takyah tau sangat nama2 artery tu nanti pening. Aku just nak bagi gambaran je.

Inilah gambar coronary artery yang dilihat
ketika angiogram dibuat.
Angiogram - anak panah menunjukkan artery yang sempit (stenosis)
sebab ada block (oleh plak kolesterol, dll).
5. Kalau buat angiogram dah boleh nampak salur darah mana yang block, kenapa nak susah2 buat ECG?
- Firstly, ofkoslah cost angiogram tu lebih mahal.
- Secondly, tak semestinya semua yang dating mengadu sakit dada tu disebabkan sakit jantung.
- Thirdly, sakit ooo buat angiogram. Tak percaya please tanye mereka yang melaluinya.
- So, buatlah ECG dulu. Then, kalau ada changes baru proceed ECHO then baru angiogram (kene discuss ni dengan cardiologist dulu :)

SALE blouse.

     Seperti yang korang sedia maklum, aku memang kengkonon nak bisnes baju (Boleh click kat Page 'Blouse' atau click kat Label 'Blouse'). Tapi, aku nyer marketing experience memang xde langsung (memang 'out') & actually aku xde masa pun nak restock. So, ada baju-baju yang masih belum terjual. Nak update yang mana sold out pun tak sempat.
     So, disebabkan aku malas nak simpan baju-baju ni lama-lama... Aku ingat nak SALE je. Harga yang kat entri aku tu BEFORE DISCOUNT & TAK MASUK POSTAGE. Ada sape2 interested tak? Aku nak bagi harga best.
     PM FB (Nazeck Zenal) for best price ok:)

Pantun sengal.

Anak keling hilang di sawah,
Orang kampung sibuk mencari,


.......


...............


.......................

Kalau Tuan scroll ke bawah,......









Tuan la keling yang kami cari..
Haha.. Hahaha ..........







Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Jangan ler marah-marah,
Aku pun terkena tadi..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan dibuang dengan kain,
Kalau mau hilangkan marah,
Send lah msg ni pd yang lain.. 
Haaa... kasi kureng lo punya stress cket..

Wednesday, August 27, 2014

Test your IQ.

Solve this  if you are a genius!
1 3 5
2 4 ?
Think out of the box:)

Janji Allah itu tak pernah kuragui.

     Alhamdulillah. Kupanjatkan syukur padaMu Ya Allah kerana masih diberi peluang hidup di atad Bumi ciptaanMu.
     Entri kali ni ada kaitan dengan entri yang aku published semalam ~ Bersabarlah wahai hati.

     Sesungguhnya setiap kesabaran telah Allah janjikan akan ada ganjaran dariNya. Tak semestinye di dunia. Tapi, di akhirat sudah pasti.
     Bawah ni aku repeat quote semalam. Kenapa? Sebab aku nak tunjukkan tanda-tanda KebesaranNya. Walau sabar & redha aku baru takat 'bertatih', tapi ganjaran Allah tetap ada? Ape maksud aku ni?
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati..
Maka Allah akan menggantikan
Kekecewaan itu dengan kegembiraan
yang kadang-kadang di luar jangkaan kita :)
25/8/2014 - Gaji kakitangan kerajaan masuk.
26/8/2014 - Baru aku dapat check account. Eh, duit aku lebih RM450 dari biasa. Ohhh...rupanya dah 'due' kenaikan gaji tahunan. For some people, this may be small. Tapi, bagi aku..tak. Syukur padaMu Ya Allah. 

Askar & MH17.


17 Julai 2014:-
Tragedi pesawat MAS MH17 ditembak
di udara Ukraine.
Klik gambar untuk berita penuh.
* huhu..:(  *
NO COMMENT. 
Aku taktau nak kata ape..
Memang aku tumpang bersedih dengan apa yang terjadi. Tapi, berita (ke-2) di atas sedikit sebanyak membuat aku terkesan.
Pic raptai penerimaan jenazah MH 17 yg kedua.
Event Pada 28 ogos 14.
Tengah-tengah tu husband aku.
Mereka perwira negara..
Bertugas siang & malam ~ membuat latihan. Sudah bergerak ke KLIA seawal 4.00am untuk raptai (daily).
Sejak asben aku balik unit (Ranger),
kami dah jarang jumpa. Setiap minggu ada je tugasan yang nak kene selesaikan. Kami anak-beranak cuma dapat jumpa dia on Sat ATAU Sun je (about 24Hr je) eventhough dia dok KL je (masa keje dia cam DOKTOR ONCALL). Kalau balik pun, dia tidur je sebab everyday berapa jam sangatlah dia dapat rest.
Mungkin ramai yang memperlekehkan tugas tentera.. But, just look for real. They have NO LIFE! NO AT ALL!
Sobsss..

SIFAT-SIFAT HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI.

Toyol
-Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak menyusahkan mak bapak.        

Pontianak
-Susah senang sentiasa tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis dan sentiasa berfikiran positif.  
      
Pocong
- Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fasyen, sangat bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan pd zaman barangan serba mahal ini.        

Hantu air
- Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yg menggiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri. Dia juga tidak membazir masa dgn aktiviti memancing dan sebagainya.   

Jerangkung
- Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dlm almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat kesederhanaan yg tulus ikhlas.      

Jebon
- Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis.......  

Apa nak jadi dengan aku?

     Di saat orang lain dok sibuk pikir camne nak kuruskan badan, aku pulak dok risau kenapa berat aku keep on reducing. Tinggi aku 153cm, which is ketot je. Biasanya berat aku 41kg. Tapi dalam bulan lepas aku timbang dah turun 39kg. Rini pulak 38kg. Dulu BMI aku 17, sekarang 16. Patutlah kain baju kurung & skirt aku semua terasa longgar kat pinggang.
Formula kira BMI
BMI untuk ASIAN.
* Tak sama WHO tau.
Kalau aku nak naikkan BMI aku ke 20,
berapa kilo aku nak kena tambah?
20 (1.53x1.53) - 38 = 8.8kg.
Ermmm..banyak tu,  which is tak pernah berjaya :)
Tambah kolesterol berjaya dah ( kolesterol aku tinggi ooo...)
     Memang diakui aku makan sikit je sekarang sebab tak berapa selera.
Biasanya :-
Breakfast - sebiji kuih/1 roti sandwich.
Lunch - nasi lauk (separuh)/ sometimes tak amek lunch.
Dinner - aku slalu makan nasi kol 6.30pm. Sikit je kot aku makan sebab anak second aku memang slalu kacau masa aku makan & mintak suapkan dia. Then, aku jarang sangat mengunyah-ngunyah ni. Tapi, nak kata mmg dari dulu aku jenis makan sikit. Dulu tak pulak camni. Ermmmm...risau betul:(

Tuesday, August 26, 2014

Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse.

Klik banner untuk join. 

Bersabarlah wahai hati.

     Hai korang. Macamana dengan kerja hari ni? Ok ke tak okey?
Macam aku, ada hari okey & ada yang sangat tak okey. Aku tak ingat samada aku pernah cerita yang dulu aku seorang yang cepat melenting kalau ada patient suka ajar aku management yang sepatutnya aku buat sebab tu dah memang tugas aku. Tapi, makin lama ...dengan meningkatnya usia, aku rasa dah boleh fikir yang argument tu takkan bagi penyelesaian especially untuk patient jenis yang arrogant & stubborn. Buat habis air liur & korang akan sakit kepala serta cepat penat. Apa taknye, habis tenaga bertegang urat.
     Alhamdulillah, Allah bagi aku akal untuk berfikir secara waras. Dalam seharian aku bekerja selama 7 tahun ni memang banyak benda baru dalam hidup yang aku belajar. Tentang kesakitan, kesedihan, how does it feel when patient felt thankful for your kindness. Dan tak kurang juga Allah bagi aku jumpa pesakit yang pelbagai ragam yang sering menguji tahap kesabaran aku.
      Selalunya, kalau aku cukup tidur..aku akan 'function' well at clinic. Aku ni jenis kalau stress kat rumah, jarang sangat2 terbawa-bawa ke klinik. Being too busy akan buatkan aku lupa segala masalah personal aku. And I loved it this way! Macam semalam, hanya aku & 2 MO bertugas di JPL yang mana pesakit kami pada waktu pagi je dah cecah 201 orang. Tapi, aku chill je & Alhamdulillah semua pesakit yang aku jumpa jenis chillex je & kes yang aku dapat bukanlah yang luar dari biasa.
Agree kan?
Selalu complaint akan menjadikan kita seorang yang negative.
Padahal, salah 1 ciri orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif.
Jom kita stop complaint & pray to Allah for showing
us solution to the problems that we are facing now.
Kebergantungan pada Allah - itu kunci penyelesaian segala masalah.
     Macam hari ni, aku tetap chill ke tempat kerja. Tapi, Allah nak uji aku dengan pesakit2 yang bersikap kasar & ada yang biadap tanpa aku tahu puncanya. Padahal aku dah bercakap sehabis lembut & senyum lagi tu. Tapi, Alhamdulillah aku sabar. Thanx Allah kerana memelihara aku dari tipu daya syaitan yang direjam.
Walaupun aku beberapa kali terfikir di manakah silapku.
Tapi aku sedar, itu semua adalah kerja syaitan yang sesat lagi menyesatkan.
Tak perlu nak marah, sakit hati or anything yang seumpama dengannya sebab
setiap apa yang kita buat sudahpun dicatit oleh Malaikat di kiri&kanan kita.
Setiap orang tidak akan terlepas dari catatan amal baik & buruk.
      Aku hanya memohon moga Allah tingkatkan lagi Imanku & perbaiki akhlakku (yang teruk ni..)
Semoga kita semua tergolong sebagai Ahli Jannah. Amin :)
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati...
maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan
yang kadang-kadang di luar jangkaan kita :)
Ingat lagi tak entri ni?
 Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.

Itu adalah Allah.

Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّÙ‡ yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).

Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itulah adalah اللّÙ‡ yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).

Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّÙ‡ yang sedang menghiburmu.
Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3:190-191).

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan  tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah اللّÙ‡ yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).

Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّÙ‡ mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّÙ‡ ingin mendengar rintihan serta doamu agar kau menyedari akan keberadaan-NYA….
Kerana tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).

Jika kau peka, akan sering kau sedari bahawa KASIH dan KUASA اللّÙ‡ selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
 Tidak!!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir..
AKU di sini bersamamu.”
 (QS 2:214, 2:186).

Ilmu yg harus dikongsi bersama...

Monday, August 25, 2014

Kisah kentut.

< FWD message >
Ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru memberikan komen :
     
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..    
 
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.  
   
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
     
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.    
 
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.        

Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.        

Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.        

Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.        

Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.        

Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.        

Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut..Besar benarkah masalahnya??? Hahahaha.  ~

Universal precautions.

~ Autopublish entry ~
     Lately makin ramai patient bertanyakan "Why doctors are wearing facemask (FM)?" Ada outbreak ke, doc?" Kalau bertanya cara baik tu tak kesah. Ni ada yang macam perli pulak. Ok, ada sebabnya kami pakai FM ni. Kerana this is included as part of Universal Precautions/ Standard Precautions yang mesti dipraktikkan oleh Medical Staffs.
Standard Precaution.
- Direka untuk mengurangkan risiko transmisi/sebaran mikroorganisma.
- Meliputi :
1. Darah
2. Semua jenis cecair badan (kecuali peluh)
3. Kulit yang terluka
4. Membran mukosa

Biasa kan nampak lambang ni kat klinik/ hospital?
Universal/ Standard precaution ni termasuklah:
1. Penggunaan hand washing.
2. Appropriate PPE (Personal Protective Equipment)
Cth: gloves, mask, gowns.
* Mesti digunakan apabila ada pendedahan seperti yang aku explain kat atas.

So, rasanye dah menjawab soalan yang berlegar-legar di fikiran korang ke?

Hepatitis B.

Apakah Hepatitis B?


Jika anda didapati positif untuk Hep B,
bagaimana cara untuk elakkan dari disebarkan kepada orang lain?

Jangan dermakan darah & organ
Jangan berkongsi jarum suntikan untuk menyuntik dadah
Jangan berkongsi peralatan bercukur, ketip kuku, berus gigi atau barangan peribadi lain
Maklumkan kepada pasangan tentang status Hep B anda. Galakkan mereka melakukan ujian & mendapatkan vaksinasi
Jangan biarkan darah anda menyentuh orang lain
Amalkan hubungan seks sihat (gunakan kondom).

 But, u olzzz jangan risau kerana Hep B tak dijangkiti melalui cara ni:

Berkongsi makanan, pinggan mangkuk atau peralatan
Berpegangan tangan
Berpelukan atau berciuman
Berkongsi tandas
Bersin atau batuk

 Apa jadi kalau Hep B ni tak dirawat?

- Cirrhosis hati 
(dalam Bahasa pasar -> hati mengecut & berparut)
- Kanser hati
Untuk maklumat lanjut ->
http://www.myhealth.gov.my
http://www.infosihat.gov.my

Electrocardiogram (ECG).

~ Autopublish entry ~
     Minggu lepas memang banyak betul kes heart attack (MI @ myocardial infarction) kat klinik kitorang. That's why aku up entry ni. Patients ni tak semuanya datang dengan chest pain secara tiba-tiba. Ada yang datang sebab epigastric pain ataupun breathlessness (kesukaran bernafas).
     Cepat-cepat MA or nurse buat ECG.
Contoh pesakit yang sedang dibuat ujian ECG.
Ada 12 leads yang 'dibaca'
- Lead I, II, III,
V1,V2, V3, V4, V5, V6,
aVR, aVL, aVF.
Setiap 1 lead menunjukkan kawasan jantung tertentu
- Anterior (depan), posterior (belakang), inferior (bawah),
lateral (tepi & menjauhi midline).
* Ini penting for purpose of diagnosis.
Cth Diagnosis - Inferolateral MI.
Contoh ECG normal.
A. Ecg normal.
B. ECG untuk MI patient
- Ada ST Elevation.
 Tapi, awas..bukan semua ada macam Ecg B. Ada yang macam kat bawah ni (NSTEMI).
1. Ecg STEMI (macam Ecg B kat atas).
2 & 3. Ecg NSTEMI
(Non-ST Elevation MI)
     Bila dah confirm MI boleh crush 300mg aspirin dalam air bagi patient minum + bagi S/L GTN (monitor blood pressure takut drop). Bagi oxygen untuk maintain heart perfusion. Quickly kol ambulan & inform doctor kat bahagian emergency hospital (Red Zone) untuk send case.

* Kalau tak faham boleh tanya tau.
Soalan amat dialu-alukan. Aku ni excited sangat nak tunjuk changes kat ECG ni sebab ramai patient dok tanya :)