Friday, May 2, 2014

Rekod Kesihatan Murid (RKM).


Salam 1 Malaysia.

Harini, aku terpikir untuk berkongsi mengenai pemeriksaan kesihatan murid sekolah.
Aku rase bertanggungjawab btau pasal bende ni memandangkan aku adalah seorang ibu & juga Doktor yang bertugas bagi Unit Kesihatan Sekolah (UKS).

Below here are pictures of cover & content of Buku RKM 1 (Pindaan 2011) yang digunakan untuk catitan perihal kesihatan murid sekolah.
 

Guru akan melengkapkan bahagian ini - Nama sekolah, Tahun & Tahun/Tingkatan
WAJIB diisi kerana ada pelajar yang berpindah-pindah sekolah.
Ini utk trace jika maklumat dalam buku tak lengkap.
Maklumat peribadi pun slalu tak berisi. Ini tanggunggjawab parents tau.

Yang paling penting bahagian Tel No.
Sebab kalau ada kemusykilan, I akan straight away call.
Jangan lupe fill in perihal Alergi & Penyakit juga sebab I check, okey?
 
 
 
Consent
m/s 3 - Murid hanya akan disuntik setelah parents SETUJU.
If parents TAK SETUJU, kami akan clarify semula reasons die xstuju.
Kalau 'tak setuju' sebab x munasabah pun MO akan call back untuk clarify.

Berikut juga adalah imunisasi yang berkaitan untuk Tahun 1& amp; Ting 3.
* Kita tak suntik Tahun 6 melainkan jika takde parut BCG.
Tapi kita tetap melakukan pemeriksaan rutin.
m/s 6 : Untuk isi ni, parents please refer kad/ buku rekod pemeriksaan mase baby dulu.
Dalam tu ada tarikh2 imunisasi yang anak korang dah dapat.
Kalau susah/ confuse.. Photostat je & mintak tolong cikgu isikan.
(Ada parents yang low education level so dorang ni sukar nak isi.)
 
m/s 7 ni jangan usik – bahagian ni UKS yang akan isi ( tarikh/sign/cop).
m/s 8 : Ujian Penglihatan ni mesti dilakukan oleh GURU & disahkan oleh JURURAWAT.
Ada guru yang question benda ni.
Jawapannya – ini adalah arahan KPM (kerana buku ini prepared by KPM).

m/s 12 - BMI-untuk umur.

m/s 14: Tinggi-untuk umur (LELAKI)
m/s 10: BMI-untuk umur (LELAKI)

m/s 18 & 19 - RME : Akan diisi oleh Nurses & MO.
That's all for now. Daaaaaaaaaaa.....

28 comments:

  1. hehe..ingat zmn2 skolah dulu mmg ad buku ni..time nk kne cucuk masing2 takut je..ahaks..siap ada yg lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnye, sy tak igt pun samada ada buku ni mase skolah dulu. Hehe..

      Delete
    2. Buku kesihatan sy hilang.. macam mna nak buat yek? Kne pegi klinik buat buku baru ke?

      Delete
    3. Sis Fatini still sekolah ke? Kalau buku RKM hilang, selalunya cikgu akan bagi buku yg baru.
      Kalau dah habis sekolah xape sebab buku tu takkan digunakan lagi.

      Delete
    4. Kalau hilang nak buat apa?Cikgu cakap dia pun tak tahu .sekolah saya mau buku kesihatan ini untuk buat rekod file kami

      Delete
    5. mau pergi cari cikgu kaunselling?

      Delete
    6. Kalau dah hilang memang tak boleh buat apa2 cik/puan.
      - Diharap boleh rujuk komen saya yang terdahulu untuk soalan yang sama..😊

      Delete
  2. hehe buku rekod kesihatan saya masa skul rendah warna merah :D time nak kena cucuk, ada yang sembunyi belakang pintu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus betul,sis..siap ingat warna buku kesihatan. Strong memory.

      Delete
  3. ada simpan lagi buku ni.. kenangan zaman sekolah..hii

    ReplyDelete
  4. masa saya sekolah dulu takde buku nih.. hurmm akibatnya suntikan untuk tingkatan 3 (kancing gigi) saya tak dapat.. sebab saya lupa isi surat kebenaran dari ibu bapa..

    ReplyDelete
  5. buku nih ibu bapa kena isi ke?

    ReplyDelete
  6. zaman sekolah dulu ada buku ni, time nurse datang je..m smua takut...lagi - lagi kalau g cek gigi..hehee

    ReplyDelete
  7. Zaman kita sekolah2 dulu ada ke buku ni? Akak rasa camtak de je,...

    ReplyDelete
  8. Kalau sesetengah parents tak bagi kebenaran sbb dia tak mahu beri vaksin & imunasasi pada anak2 macam mana? You all proceed ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..sy xjawab soalan akk..
      Kita mesti clarify dgn ibubapa sebab dia tak bagi persetujuan.
      Mungkin ada misunderstanding.
      Kemudian kena bagi penerangan pada ibubapa penjaga tentang benefit vaccine insyaallah dia ok lps tu.

      Delete
  9. Kalau hilang macam mana ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hilang, maklumkan pada cikgu. Cikgu akan ambil buku yang baru di PPD. Kemudian, tugas ibubapa/penjaga untuk isi semula details & rekod imunisasi murid.

      Delete
  10. salam..klu buku rekod imunisasi yg masa baby tu hilang nk wat mcm mana yer ? nanti anak akan kena repeat cucuk sekali lagi ke kalau xde prove yang masa baby dulu dh complete cucuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Rekod imunisasi ada pada buku pendua di klinik kesihatan yang merawat. Boleh minta tolong pihak kesihatan fotostatkan.

      Delete
    2. Anak sulung sy completekn vaksin die dkat klinik swasta mse sy tinggal di shah alam.buku kesihatan baby die hilang mse die umur 4bulan sbb pindah randah..mase cucuk di swasta, rekod yg ada cuma key in doctor tu ke sistem die shj..mcmane ye

      Delete
    3. Puan, rekod tu masih ada ke?
      Boleh minta doktor swasta buat salinan samada print out atau salin tangan. Yg pnting nama imunisasi/vaccination yang diberi beserta tarikh setiap satu.

      Delete
  11. Salam..buku rekod injection anak sy pun hilang..masalah lebih besar lg bile injection semua kt klinik swasta biase.. bile buku hilang ingat nak retrieve kat klinik tu..tp dia ckp rekod 7 tahun lepas dah buang..gugur jantung mak..cemana ye.. ape yg boleh saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf sy xpasti jika ambil di swasta. Puan kene rujuk pada Unit Kesihatan yang datang ke sekolah bila sampai due anak (Darjah 1 kan?) akan dicucuk..kerana pengendalian kes macamni sedikit berbeza mengikut daerah/negeri (walaupun di bawah kkm).

      Delete
    2. Cuma kes Puan ni boleh menjadi rujukan buat parents lain.
      Parents yang ambil injection di private (sy pun selang seli mana yng rasa nak pergi..kdg govt, kdg pvt).. Mcm kes sy, sy bawa buku govt ke pvt, doc pvt akan tulis date & sign dalam tu.
      Kalau solely /sepenuhnya vaccine kat private, boleh lakukan inisiatif sdri untuk photocopy 1/2 copies for your own self.

      Delete
  12. Rekod imunisasi anak saya jgk hilang.. problem nya sb saya sibuk dan pjj dgn suami so saya x sempat nk pegi klinik kerajaan.. so alternatif nya sy bwk anak g cucuk klinik swasta.. kat klinik swasta x de buat rekod pendua sb dh tulis dlm buku rekod imununisasi anak tarikh serta cop doktr.. buku rekod imunisasi anak yg sya pegang tu la hilang.. mcm mane ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sukar nk dapatkan semula rekod klu kes mcm yg puan alami. Cuma apa yg saya mampu tolong ialah..cuba puan dapatkan tarikh dari guru kelas anak (darjah 1 kan?) bila unit kesihatan akan berkunjung ke sekolah & jumpa mereka pada tarikh tu untuk pertanyaan lanjut kerana cara pengendalian kes begini kadangkala sedikit berbeza mengikut daerah /negeri.

      Delete
  13. Rekod imunisasi anak saya jgk hilang.. problem nya sb saya sibuk dan pjj dgn suami so saya x sempat nk pegi klinik kerajaan.. so alternatif nya sy bwk anak g cucuk klinik swasta.. kat klinik swasta x de buat rekod pendua sb dh tulis dlm buku rekod imununisasi anak tarikh serta cop doktr.. buku rekod imunisasi anak yg sya pegang tu la hilang.. mcm mane ye..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~